Dalam budaya masyarakat Melayu silam, bila pihak perempuan minta hantaran tinggi dan pelik-pelik maknanya dia nak reject korang. Benda ni kita boleh tengok dalam kisah Sultan Melaka nak meminang Puteri Gunung Ledang.
Kita semua tahu Puteri Gunung Ledang minta hantaran yang bukan-bukan seperti jambatan emas dan hati nyamuk. Kenapa dia mintak hantaran sebegitu rupa? Ok kita pergi satu per satu.
Jambatan difahami sebagai satu perhubungan yang digunakan untuk menyeberang sungai. Kebiasaannya jambatan diperbuat daripada kayu dan batu.
Emas pula merupakan logam yang sangat mahal dan hanya dimiliki oleh orang kaya sahaja. Nak cari emas zaman Melaka dulu kena mendulang ataupun melombong.
Jika digabungkan menjadi “jambatan emas” itu adalah satu binaan yang sangat hebat. Tapi zaman sekarang pun kita tak boleh buat jambatan emas. Apatah lagi zaman Melaka dulu.
Jadi apa maksud sebenar jambatan emas?
Permintaan jambatan emas adalah satu kritikan terhadap keinginan Sultan Melaka yang melampau. Ye lah, Puteri Gunung Ledang tu bukan manusia dan mustahil nak berkahwin dengan Sultan Melaka. Jadi Puteri Gunung Ledang pun balas dengan minta jambatan emas agar Sultan Melaka tahu keinginannya itu satu pembaziran.
Bagaimana pula dengan 7 dulang hati nyamuk?
Hati nyamuk kalau dilihat sekali imbas adalah satu organ yang sangat kecil daripada haiwan pembawa penyakit. Macam apa yang kita tahu, nyamuk ni kecik je tapi dia punya mudarat sampai boleh bawa kepada kematian.
Apa maksudnya?
Hati manusia ni kecik je saiznya tapi hasrat dan hajat itu akan menentukan betapa besarnya impian kita. Sama macam Sultan Melaka, hajatnya nak memperisterikan Puteri Gunung Ledang untuk tunjuk dekat orang bahawa baginda dapat berkahwin dengan makhluk halus. Sebab manusia biasa tak mampu nak kahwin dengan deme.
Puteri Gunung Ledang pun sindir balik Sultan Melaka dengan minta 7 dulang hati nyamuk agar baginda sedar hasratnya sangat berbahaya.
Apa yang boleh disimpulkan dekat sini adalah permintaan mengarut Puteri Gunung Ledang itu merupakan satu penolakan kepada keinginan Sultan Melaka. Maknanya zaman dulu kalau perempuan minta hantaran, dia memang tak nak korang.
Jadi kalau awek korang tu tiba-tiba mintak hantaran tinggi melangit. Faham-faham je lah, itu maknanya “awak terlalu baik untuk saya”.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply