Korang semua mesti pernah tak dengar lagu Nang nyanyian Iman Troye. Sekali dengar macam lagu biasa je. Tapi ramai tak tahu lagu tu dicipta berdasarkan legenda Puteri Gunung Banang.

Betul ke dan siapa Puteri Gunung Banang ni?

Katanya Puteri Gunung Banang berasal dari Jawa dan berpindah ke Johor untuk menetap di Gunung Banang, Batu Pahat. Bukan dia sorang je sebab ada lagi 7 beradik yang turut serta. Antaranya adalah Puteri Gunung Ledang, Puteri Gunung Panti dan Puteri Gunung Beremban.

Macam mana nak jumpa Puteri Gunung Banang?

Satu benda korang kena tahu, Puteri Gunung Banang ni sama spesies macam Puteri Gunung Ledang iaitu makhluk kayangan. Hanya orang tertentu sahaja boleh berjumpa dengan deme.

Tapi ada sorang lelaki pernah berjumpa dengan Puteri Gunung Banang ketika tersesat di dalam hutan. Biarpun miskin dan hodoh, lelaki itu sangat jujur dihadapan Puteri Gunung Banang. Kejujuran ini buat Puteri Gunung Banang terharu lantas terus ubah nasib malang lelaki itu kepada tampan dan kaya.

Dah namapun lelaki kan, baru hensem dan kaya sikit terus lupa diri. Akibatnya lelaki tersebut telah disumpah menjadi monyet kerana melanggar janji dan sombong.

Selain itu ada juga penduduk sekitar Gunung Banang yang pernah terserempak dengan sosok wanita misteri. Malah yang ada kata pernah sampai ke perkampungan Puteri Gunung Banang. Apa-apapun, sampai ke hari tiada siapa mampu buktikannya kewujudannya.

Kepada korang semua, jadilah lelaki yang sentiasa merendah diri walaupun kaya dan tampan. Tak ada lah nanti kena sumpah jadi monyet.


Nak tahu lebih banyak tentang kisah-kisah legenda, baca je KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Cepat beli dekat https://bit.ly/KKTMShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply