Dalam cerita Spongebob Squarepants, kebodohan Patrick Star semakin menjadi-jadi. Ye lah, Patrick ni suka buat perkara di luar logik akal. Lepas tu jadikan batu sebagai perabot. Padahal boleh je beli.
Persoalannya kenapa Patrick Star kelihatan agak bodoh?
Mudah sebab Patrick Star ni tergolong dalam spesies tapak sulaiman yang tak ada otak. Apa yang dapat kita faham adalah tak ada otak, maknanya tak cerdik macam Patrick Star.
Tapi sebenarnya tapak sulaiman tidaklah sebodoh seperti yang digambarkan dalam watak Patrick Star. Sebab tapak sulaiman masih lagi boleh buat keputusan sendiri dan berjalan walaupun tak ada otak.
Sekejap, siapa yang kawal tindak tanduk tapak sulaiman kalau bukan otak?
Tapak sulaiman ni milik sistem saraf yang agak kompleks. Melalui sistem saraf inilah deme dapat berfikir, bergerak dan melarikan diri daripada pemangsa.
Bagi memastikan betapa kompleksnya sistem saraf tapak sulaiman, Eva Kanso dari University of Southern California dan Matt McHenry dari Universiti California ada menghasilkan robot yang sama macam tapak sulaiman.
Tujuannya adalah untuk melihat bagaimana tapak sulaiman bertindak menerusi sistem saraf tanpa ada otak. Hasil mendapati robot itu masih lagi tidak mampu tandingi kecekapan sistem saraf tapak sulaiman.
Maknanya Patrick Star ni bijak je, cuma belum sedar bahawa sistem saraf dia boleh berfungsi tanpa menggunakan otak.
Alam kehidupan ni sangat menarik. Sebab tu kami terbitkan BIOLOGIA yang bercerita macam-macam pasal haiwan. Jom beli di Shopee: https://bit.ly/biologiashopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply