Korang tahu tak ada manusia yang pernah jadi kera dan babi! Itulah nasib buruk yang menimpa segelintir Bani Israil gara-gara derhaka dengan Allah.

Ada sebuah penempatan Yahudi yang terletak di pesisiran pantai. Tempat itu bernama kota Ailah. Penduduknya seramai 70,000 orang mencari rezeki dengan memancing, menangkap dan menjala ikan. Agama Yahudi mengkhususkan hari Sabtu untuk beribadat semata-mata. Perkara lain seperti berperang dan bekerja tak boleh dilakukan. Senang kata, holiday (holy day).

Akan tetapi, hari Sabtu itu jugaklah ikan banyak kat laut. Kalau hari lain, ikan akan menyelam dalam dan tak mudah nak ditangkap. Bila tiba hari Sabtu, pandai pulak hidupan akuatik ni berenang bebas dan kelihatan dari permukaan air. Apa lagi, orang Yahudi jadi geram la.

Sebagian daripada penduduk Ailah buat helah.

Ada yang letakkan jala sebelum hari Sabtu. Bila masuk je hari Sabtu dan ikan-ikan muncul dari air, ia terus masuk ke jaring perangkap. Mereka tinggal mengambilnya pada hari ahad.

Ada yang buat kolam dan saluran memanjang dari air laut ke rumahnya di tepi pantai. Bila masuk hari Sabtu, dia buka pagar yang menutup kolam dan ikan-ikan yang terbit segera mengisi kolam air lelaki tu. Bijak.

Ada yang tak segan silu tangkap je ikan hari Sabtu. Bila dah dapat, dia ikat benag pada ikan tu dan simpan dalam kolam. Bila esok harinya, baru dia ambil. Dia kata, “EH, ikan ni aku ambil hari Ahad, bukan hari Sabtu.” Ni dah campur menipu.

Pada awalnya, hanya seorang dua yang buat taktik kotor ni. Tapi bila penduduk dah tercium bau ikan bakar, diorang pun sama-sama tak tahan. Maka ramailah yang tiru perangai tak semengah ni dan buat helah untuk tangkap jugak ikan hari Sabtu walaupun sudah dilarang Tuhan.

Bagaimanapun, balasan Allah itu ada.

Pada suatu hari, kawan-kawan diorang yang perangai soleh dan tak ikut taktik kotor tu rasa pelik. Kenapa rumah diorang yang tangkap ikan Sabtu ni pintunya bertutup. Bila dibuka sahaba pintu rumah mereka, alangkah memeranjatkannya bila didapati mereka sudah bertukar menjadi kera dan babi!

Yang muda berubah menjadi kera. Yang tua berubah menjadi babi. Sumpahan dari Tuhan ini seakan-akan menyindir perangai mereka yang seuka bermain-main seperti kera dan mengikuti hawa nafsu seperti babi. Terkebil-kebil mata manusia yang disumpah jadi binatang ni.

Kawan-kawan diorang pun takleh nak buat apa, “Kan kami dah kata, jangan buat macam tu.”

Peristiwa ini merupakan tafsiran daripada wahyu al-Quran, Surah Baqarah ayat ke-65:

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kalian kera yang hina.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply