Umaiyah merupakan Empayar Agung yang mendominasi Semenanjung Arab dan Kawasan sekitarnya setelah kerajaan Khulafa’ Rasyidin. Empayar ini dibangunkan oleh Muawiyah I (Muawiyah Bin Abi Sufyan RAH) dan tampuk pemerintahan tidak seperti corak Khulafa Rasyidin yang berpaksi Syura.

 

Peluasan Empayar ini mencakupi sehingga Tours, France dan seterusnya dikalahkan dalam pertempuran Balad As-Syuhada’ oleh Charles Martel. Keluasan Empayar ini mencetuskan beberapa konflik dalaman dan mencetuskan zaman kejatuhannya.

 

Isu yang berbangkit adalah isu diskriminasi antara bangsa A’jam (Bukan Arab) dan Arab. Mana mana pegawai kerajaan mestilah berbangsa Arab dan berbahasa Arab. Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

 

Oleh itu, bangkit puak penentangan daripada golongan Khurasan yang dipimpin oleh Abu Muslim Al-Khurasani dan Abu Abbas As-Saffah yang akhirnya menubuhkan kerajaan Abbasiyyah.

 

Yang keduanya, punca empayar ini jatuh adalah disebabkan sifat Khalifah yang zalim dan meninggalkan norma seorang Khalifah. Sesetengah Khalifah itu sendiri berbuat maksiat dan tidak mencerminkan diri mereka sebagai Zilullah Fil Ardh (Bayangan Tuhan di Muka Bumi).

 

Perkara ini menaikkan lagi kemarahan rakyat dan akhirnya Empayar Umayyah tewas dalam pertempuran saudara di Pertempuran Sungai Zab dan Abasiyyah mengisytiharkan ke-Khalifahan mereka di Damsyik.

 

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply