Ramadhan merupakan bulan yang diwajibkan keatas seluruh Umat Islam untuk berpuasa iaitu menghindari daripada perkara yang membatalkan puasa. Bulan Ramadhan juga antara bulan yang mendapat sambutan yang sangat meriah semasa Era Uthmaniyyah.

 

Tidak seperti di Malaysia, yang memeriahkan sambutan Syawal berbanding Ramadhan. Sewaktu Era Uthmaniyyah, masjidnya dihiasi dengan lampu lampu yang begemerlapan dan menghiasi jalan jalannya dengan lampu lampu yang memeriahkan lagi suasana Ramadhan.

 

Antara yang dapat dilihat sehingga kini budaya ini adalah Masjid Hagia Sophia yang menggantung lampu lampu antara dua menaranya bagi memeriahkan lagi suasana Ramadhan.

 

Waktu berbuka puasa pula, laungan Azan Maghrib dikumandangkan dan diselangi dengan tembakan beberapa Das Meriam sebagai tanda berbuka puasa dan bagi petanda untuk orang di pedalaman yang tidak mendengar Azan.

 

Sultan Sultan Uthmaniyyah pula, membuka pintu istana seluas-luasnya untuk menjamu orang ramai berbuka puasa dan menghidangkan pelbagai makanan yang mengasyikkan.

 

Begitu juga wazir Uthmaniyyah yang juga turut menyumbang untuk orang ramai dengan mengagihkan daging kepada rakyat sebagai sedekah mereka dalam bulan Ramadhan.

 

Sultan Uthmaniyyah juga akan menziarahi artifak keagamaan seperti Panji Rasulullah SAW, Pedang Rasulullah SAW, Janggut dan Rambut Rasulullah SAW yang tersimpan sehingga kini di Istana Topkapi, Istanbul, Turkiye.

 

Waktu Sahur mereka pula dimeriahkan lagi dengan pukulan gendang dan tembakan Meriam bagi mengejutkan penduduk tempatan untuk bersahur iaitu makan sebelum tibanya waktu Subuh.

 

Begitulah kemeriahan Bulan Ramadhan sewaktu era Uthmaniyyah. Semoga kita semua dapat merasai keindahan Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply