Terdapat hadis yang menjadi pemangkin semangat para pemerintah baik Khalifah, Sultan atau Raja untuk menakluki Kota Konstantinopel ini iaitu,
لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير و لنعم الجيش ذلك الجيش
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” Hadis Riwayat Imam Ahmad.
Hadis ini merupakan bisyarah seorang Rasul yang menyatakan suatu ketika nanti Kota Konstantinopel ini pasti ditakluk oleh ciri ciri yang disebut oleh baginda. Sebahagian Ulama mengatakan hadis tersebut bukanlah ditujukan kepada Muhammad Al-Fatih tetapi penaklukan Konstantinopel pada Akhir zaman kelak.
‘Ala Kulli Hal, hadis ini dijadikan kayu pengukur semangat untuk para sultan ini menakluk kota ini. Hadis ini cuba direalisasikan oleh pelbagai sultan dan Raja. Namun, kesemuanya gagal untuk menakluki kota tersebut sehinggalah 800 tahun kemudian.
Seorang Sultan dari Turki yang Bernama Mehmed II bin Murad Khan telah Berjaya mewujudkan bisyarah Rasul ini. Untuk menjayakan hadis ini tidaklah mudah, baginda memerlukan kekuatan sunnatullah dan syariatullah dalam rencana membebaskan kota ini.
Hadis ini sering dibacakan oleh Sultan Uthmaniyyah dan bahkan hadis ini sememangnya masyhur dalam era Uthmaniyyah dahulu bahkan dijadikan hiasan di dinding istana sebagai matlamat dan tujuan mereka untuk menakluki kota ini.
Oleh : Muqri Nizam




No comments yet