Pada abad ke-13, pihak Salib Eropah telah merasakan bahawa Mesir merupakan halangan utama bagi pasukan Salib bagi menakluk Al-Quds kembali. Oleh itu, pada tahun 1245, Pope Innocent IV telah mengisytiharkan Perang Salib bagi memerangi Mesir dan menaklukannya daripada Kerajaan Ayyubiyah Mesir. Seruan Salib ini telah mendapat sokongan Raja Raja Eropah dan perang ini kemudiannya dipimpin oleh Raja Louis IX.
Pasukan Salib ini kemudiannya mendarat di Dumyat dan menaklukkannya. Melihat daripada situasi ini, pasukan Salib berasa sangat yakin bahawa mereka akan dapat menaklukkan Kaherah dalam masa yang singkat sekaligus dapat menaklukkan Mesir dan meneruskan agenda mereka iaitu menakluk Jurusalem.
Perihal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan pemerintah Mesir pada ketika itu, Sultan Malik Salih. Sultan Malik Salih yang gering kemudiannya menitahkan agar Baybars dan Saifuddin Qutuz bagi memimpin pasukan untuk menewaskan Pasukan Salib di Dumyat. Pasukan Salib ini kemudiannya terperangkap dalam kepungan dan perangkap Qutuz dan Baybars.
Pasukan Salib ini terkandas di Al-Mansourah, sebuah tempat yang terletak berhampiran dengan Kaherah. Dalam keadaan genting ini, keboleh percayaan mereka untuk menang adalah tipis. Justeru itu, Louis IX cuba untuk bertukar, berunding dengan pemerintah Mesir jikalau mereka dilepaskan dari Al-Mansourah mereka akan menyerahkan semula Dumyat. Namun, pelawaan mereka ini ditolak oleh pemerintah Mesir.
Qutuz dan Baybars kemudiannya menyerbu Louis IX dalam pertempuran Fariskur dan akhirnya pasukan Mesir berjaya menewaskan pasukan Salib dan menawan Louis IX. Qutuz dan Baybars telah memanfaatkan Louis IX bagi mendapatkan pampasan yang lumayan buat Mesir. Mesir menuntut Perancis agar membayar 800,000 bezant dan memulangkan semula Dumyat kepada Mesir, barulah Raja Louis IX dilepaskan kepada Perancis.
Akhirnya, Perang Salib Ketujuh ini berakhir dengan kekalahan yang memalukan bagi pihak Pasukan Salib dan bukan itu sahaja, Pasukan Salib ini dicemuh oleh masyarakat Kristian Eropah sebagai Perang Salib Gembala.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih