Perang Salib merupakan saksi permusuhan Agama Islam dan Kristian dalam sebuah siri perang yang panjang. Perang ini menyaksikan bagaimana darah ditumpahkan dengan mudah mudah oleh pemerintah dan penguasa atas tujuan suci mereka dan kepentingan mereka. Perebutan mereka dan taruhan mereka ialah Tanah Suci Al-Quds.

Hal ini belum termasuk lagi rampasan, “plundering” yang dibuat telah meningkatkan lagi jumlah korban sepanjang konflik ini. Perang ini menyaksikan pelbagai “hero” yang menjadi penyelamat bagi agama agama masing masing. Di sini lahir bakat kepimpinan Salahuddin Al-Ayyubi, kebijaksanaan Richard The Lionheart, Ketangkasan Baldwin IV, Keperwiraan Nuruddin Mahmud Zankiy, Keperkasaan Al-Asyraf Khalil dan pelbagai perwira lagi dalam perang ini.

Namun, perang ini juga menyimpan dendam yang panjang dalam diri pejuang Salib akibat ketewasan mereka dalam perang usai tewasnya mereka kepada Salahuddin Ayyubi. Dendam mereka tetap menyala dan terus menyala sehingga tidak mampu dipadamkan selamanya.

Pada Perang Dunia Pertama, Perancis telah bersama British dalam pakatan Perang Dunia Pertama dan sekaligus menewaskan lawan mereka yakni Uthmaniyyah. Perjanjian Sykes-Picot dimetrai dan memberikan Perancis hak bagi mendirikan mandat mereka di Syria dan Lebanon.

Seorang Jeneral Perancis, Henri Gourad yang menyimpan dendam keatas Salahuddin Ayyubi lantas ke makam Salahuddin Ayyubi. Tidak puas dengan kemenangan mereka menewaskan Uthmaniyyah, si bedebah ini melampiaskan amarahnya pada makam Sultan Salahuddin Ayyubi dengan menyepak makam pejuang Islam ini.

Dengan angkuhnya si bedebah ini berkata, “Wahai Salahuddin! Bangkitlah engkau. Kami telah kembali! Dan kami telah menewaskan bulan sabit dengan Salib kami! Sebahagian pendapat menyatakan bukan Gourad tetapi Mariano Goybet.

Namun, jelas kebencian mereka tetap tidak terubati dengan tewasnya mereka sehingga mereka tidak mampu menebus kekalahan mereka dan hanya sekadar melawan makam yang tidak bermaya.

Di sisi lain, kita merasa sakit dan sedih, di mana Umat Islam yang hanya beretorik semata mata. Bangkitlah Wahai Salahuddin! Umat menantimu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.