Perang Dunia Pertama telah meletus pada 1914–1918 dengan menyaksikan pertarungan dua pakatan/faksi iaitu Pakatan Bersekutu (Allied) dan Pakatan Pusat (Central). Pakatan Bersekutu didominasi oleh pasukan British, Perancis dan Rusia. Di sebelah pakatan pusat pula didominasi oleh Uthmaniyyah, Jerman dan Austria.

Kedua kuasa ini bersaing antara satu sama lain bagi merebut pengaruh dan menguasai dataran Eropah dan menakluki dunia bagi menyebelahi pakatan mereka. Pasukan Uthmaniyyah telah mendapat serangan dari dua front iaitu dari Perancis, British di Galipolli dan di sebelah Timur Istanbul pula mereka menghadapi serangan Rusia yang ingin merebut laut Hitam dari dominasi Uthmaniyyah.

Di Tanah Arab, dua faksi ini saling berebut akan pengaruh mereka. Pakatan Pusat menggunakan pengaruh dan kuasa sahabat mereka iaitu Uthmaniyyah bagi mengekalkan dominasi mereka di rantau tersebut. British pula, hadir dan membawa ubat sebagai penyelamat bagi Bangsa Arab dengan menjanjikan bulan dan bintang buat mereka.

Sebahagian besar Tanah Arab pada ketika itu sehingga termakan akan dakyah British ini. Antara kesan yang dapat dilihat dari hasutan British ini dapat dilihat serangan nasionalis Arab pada ketika itu keatas pertahanan Uthmaniyyah di Hejaz dan Madinah. Hal ini juga dapat dilihat berdampak ke atas pembinaan rel kereta api Uthmaniyyah di jajaran Syria – Hejaz – Madinah.

Kemuncak bagi penentangan ini, apabila pasukan Bersekutu berjaya menewaskan pasukan Uthmaniyyah secara telak dan pada ketika ini pasukan Bersekutu mulai meng”faraid”kan jajahan Uthmaniyyah di rantau ini.

British dengan bahagiannya, Perancis dengan bahagiannya. Semenjak itu, Tanah Arab tidak lagi aman apatah lagi menuntut “gula-gula” yang dijanjikan oleh British dahulu. Kesemua ini, adalah umpan yang telah berjaya dimanfaatkan oleh British ke atas penguasa Arab pada ketika itu.

Ada beberapa faktor mengapa Bangsa Arab menerima pelawaan ini. Antaranya, Bagi Bangsa Arab, sewajarnya perjawatan Khalifah itu adalah dari Bangsa Arab khususnya Bani Hasyimiyyah yang bergalur kepada Rasulullah SAW. Selain itu, Bangsa Arab menganggap diri mereka sedang dijajah oleh A’jam iaitu Bangsa Bukan Arab.

Tanggapan tanggapan sebeginilah kemudiannya retak menanti belah dan akhirnya meletus sewaktu Perang Dunia Pertama. Hal ini juga merupakan pengajaran buat Islam, agar tidak sentiasa berpecah belah dalam segenap hal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.