Perang Salib Ketujuh menandakan perang Salib telah berakhir bagi Eropah. Namun, ketidakpuasan hati dalam pasukan Salib sentiasa membara bagi membalas dendam atas kekalahan mereka. Dendam ini terus dibawa sehingga pada era Uthmaniyyah. Pada tahun 1396, ketika itu seorang Sultan dari Anatolia sedang bangkit menguasai bahagian bahagian dalam Eropah. Hal ini jelas membimbangkan Raja Raja Eropah. Justeru itu, Pope Boniface IX menyeru kerajaan Kristian untuk bersatu melawan Uthmaniyyah. Seruan ini disahut oleh Raja Sigismund dari Hungary dan dia akan mengetuai gabungan tentera Salib dari pelbagai negara Eropah, termasuk Perancis, Burgundy, Jerman, Poland, Venice, dan Scotland.
Pasukan Eropah ini kemudiannya berarak ke arah Adana, sebuah Kota milik Uthmaniyyah. Perihal ini sampai ke pengetahuan Sultan Bayezid I yang merupakan Sultan Uthmaniyyah pada ketika itu. Sultan Bayezid I menyiapkan kelengkapan perang dengan membawa pasukan Janisarry, kavalri Turki yang terkenal dan pelbagai kelengkapan perang yang lain.
Genderang Perang bermula di pertempuran Nicopolis. Pasukan Turki mulai mara ke arah pasukan Eropah. Bayezid I menggunakan strategi perangnya dengan mengepung pasukan Salib dari dua penjuru (sandwich strategy) dan akhirnya pasukan Eropah ini terperangkap dalam perangkap Sultan Bayezid I.
Serangan ini berjaya melumpuhkan pasukan Eropah sekaligus melemahkan semangat mereka untuk memenangi pertempuran ini. Akhirnya, pertempuran ini dimenangi oleh pasukan Turki dan gabungannya. Kekalahan ini memberi tamparan hebat buat Eropah kerana sebahagian besar pasukan mereka tewas dalam pertempuran ini. Kemenangan Bayezid I ini justeru menggelarkan dirinya sebagai Yildrim (Sang Halilintar) kerana strateginya yang mengejut seperti halilintar yang berjaya melumpuhkan pasukan Salib.
Kemenangan Bayezid I ini juga telah mengukuhkan kekuatan Uthmaniyyah di rantau Eropah dan sekaligus menjadi sebuah kuasa baharu yang bangkit dan akan menaklukkan Eropah suatu ketika nanti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih