Setelah Khalifah Ali KWH telah dibunuh oleh puak yang tidak bersetuju dengan keputusan Sayyidina Ali yang ingin berdamai dengan Sayyidina Muawiyah RAH, politik Islam dilihat tidak stabil. Sayyidina Hassan RAH yang dibaiat oleh penduduk Madinah untuk meneruskan Amanah ayahandanya. Politik Islam pada tika itu terpecah dua. Satunya di Syam dan sekitarnya didominasi oleh Sayyidina Muawiyah RAH dan satunya lagi didominasi oleh Sayyidina Hassan RAH.

Hal ini dilihat sebagai satu ketidakstabilan dalam suatu daulah yang dimana pemimpinnya berpecah pecah. Sayyidina Hassan RAH akhirnya menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Sayyidina Muawiyah RAH. Hal ini dilakukannya ialah demi kesatuan ummat Islam daripada terus berpecah. Semoga Allah merahmatinya dan meninggikan darjatnya di atas jasanya yang mulia ini.

Benarlah sabdaan Nabi SAW tentang dirinya yang suatu tika akan menyatukan Ummat Islam dikala ummat sedang bertelingkah :

إنَّ ابني هذا سَيِّدٌ ، وإنِّي لأرجو أنْ يُصلِحَ اللهُ به بين فِئتَيْنِ مِن أُمَّتي ، ولعَصلا أن يصلِحَ اللهُ به بين فِئتَيْنِ مِن أُمَّتي ، ولعَبيم اللهَ أليبيم

“Sesungguhnya putraku ini adalah sayyid (pemimpin), dengannya Allah akan mendamaikan dua kelompok yang bertikai dari umatku. Semoga Allah memperbaiki lewatnya dua kelompok besar yang bertikai,” (Sunan Abi Daud:4662)

Setelah penyerahan Sayyidina Hassan ini, rasmilah Sayyidina Muawiyah RAH sebagai penerus ke-Khalifahan buat umat Islam. Sayyidina Muawiyah telah dibaiat oleh Sayyidina Hassan dan sekaligus telah mengabsahkan dirinya sebagai Khalifah Umayyah yang pertama.

Sayyidina Muawiyah RAH telah memindahkan ibu kota pemerintahannya dari Kufah ke Damsyik. Kedudukan ibu kota baharu ini memberi lambang pemerintahan baharu dalam lakaran sejarah Islam. Dahulunya, perlantikan Khalifah sebagai ketua negara melaui proses Syura atau penamaan calon. Tetapi, Khalifah Umayyah telah mengubah corak tersebut dengan mengambil anak atau keturunan sebagai penerus atau dalam istilah lainnya dikenal sebagai pemerintahan Monarki.

Khalifah Umayyah juga antara perintis Angkatan laut pertama Islam. Angkatan Laut Islam yang pertama rasminya ditubuhkan semasa zaman Sayyidina Usman RAH. Pada ketika itu, usul untuk penubuhan angkatan ini telah dibawa oleh Sayyidina Muawiyah RAH. Angkatan Laut ini telah melaksanakan tugas yang pertamanya dengan cemerlang dibawah pimpinan Abdullah Bin Abi Sarh. Dibawah pimpinannya, Armada Laut Islam ini berjaya meluaskan Daulah Islam ke Pulau Cyprus dan sekitarnya.

Empayar ini terus kekal bertahan sehingga berlakunya revolusi Abbasiyyah yang dipimpin oleh Abu Abbas As-Saffah dan Abu Muslim Al-Khurasani yang bermula dari Khurasan (Iraq).

Jasa serta beberapa nama Khalifah dan tersohor:

1) Sayyidina Muawiyah bin Abi Sufyan

Beliau merupakan Khalifah pertama bagi Daulah ini.Beliau juga antara perintis pasukan Muslimin untuk menakluk Kota Konstantinopel. Semasa ekspedisinya itu,seorang sahabat Nabi yang juga seorang kaum Ansar bernama Sayyidina Abu Ayyub Al-Ansari telah turut serta dan menghembuskan nafasnya disana. Pada zaman Sayyidina Muawiyah terdapat banyak pembaharuan yang dilakukan antaranya menaik taraf sistem pemerintahan yang hampir mirip kepada pemerintahan Rom.Tujuannya ialah untuk menunjukkan keizzahan atau kekuatan Ummat Islam di mata orang Rom.

2)Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Siapa yang tidak kenal beliau ini. Seorang Khalifah yang berjiwa ulama ini. Sebelumnya beliau merupakan seorang gabenor Madinah. Namanya disebut sebagai pengganti kepada Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Walaupun pemerintahannya tidaklah lama iaitu selama dua tahun tetapi pelbagai kemakmuran dapat dinikmati oleh segenap rakyat jelata. Antaranya,pada zaman pemerintahannya itu tiada siapa yang layak menerima zakat dek cukupnya rakyat pada tika itu.

3)Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Pada zamannya, pelbagai pembaharuan dan pembangunan baharu dilakukannya seperti pembangunan Kubbah As-Shakrah di Baitul Maqdis. Beliau juga merupakan perintis penggunaan wang emas di dalam Daulahnya.

4) Hisham Bin Abdul Malik

Pada zamannya empayar Islam telah diluaskan lagi sehingga mencakupi sebahagian Eropah iaitu Tours,Perancis.Abdul Rahman Al-Ghafiqi telah dilantik oleh Khalifah untuk memimpin pasukan Muslimin untuk menakluki Eropah. Hasrat Khalifah itu menjadi kenyataan apabila pasukan Muslimin mula mengecapi kemenangan demi kemenangan. Namun, dek kerana kealpaan pasukan Muslimin tentang harta ghanimah, pasukan Muslimin telah disergap oleh panglima Perancis pada ketika itu yang bernama Charles Martel yang membawa kepada kekalahan pasukan Muslimin di Perancis.

5)Al-Walid Bin Abdul Malik

Pada zamannya terkenal dengan ekspedisi penaklukan Muslimin ke Sepanyol yang dipimpin Musa Bin Nusair (Gabenor Afrika Utara) dan panglimanya, Tariq bin Ziyad. Pada zamannya juga terkenal dengan pembangunan Masjid Umayyah yang Agung.

Penutup

Sebagai penutup,penulis berhasrat mengajak para pembaca untuk meleraikan suatu persoalan yang sering menjadi isu apabila berbincang tentang KeKhalifahan Umayyah ini iaitu :

Wajarkah perbuatan Sayyidina Muawiyah RAH mewariskan takhta kepada anaknya bukan kepada Sayyidina Hassan RAH semula ?

Bagi penulis, perbuatan Sayyidina Muawiyah itu wajar dilakukan. Hal ini untuk menjaga kestabilan dan keharmonian daulah Islam pada masa itu. Pada ketika itu,pengaruh Sayyidina Muawiyah di Damsyik lebih besar berbanding Sayyidina Hassan RAH di Kufah.

Ini pendapat daripada penulis,bagaimana dengan pembaca semua ?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply