Kubbah As-Shakrah merupakan sebuah binaan yang sangat menakjubkan bagi sesiapa yang memandangnya. Kubbah As-Shakrah ini merupakan sebuah kubah emas yang terbina di atas tapak batu As-Shakrah yag merupakan tempat yang dimana bagi Rasulullah SAW di Mi’rajkan ke Langit pada peristiwa Israk dan Mikraj. Bangunan ini seringkali disalah anggap sebagai inilah Masjidil Aqsa walhal Masjidil Aqsa adalah sebuah kompleks yang terdiri pelbagai masjid di dalamnya.

Masjid ini dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada 691 Masihi dalam era Khalifah Bani Umayyah. Pembinaan Kubbah As-Shakrah ini dikatakan menggunakan emas yang banyak dari perbendaharaan negara dan sumbangan rakyat dan kerabat Umayyah pada ketika itu. Masjid ini dilihat menyilaukan dari jauh dengan kilauan emas pada kubahnya dan kecantikan seni bina bangunan ini.

Seni bina bangunan ini terdiri daripada kaligrafi Arab dan Mozek yang sangat indah. Diikuti dengan ukiran yang terdapat pada dindingnya yang melambangkan ketinggian seni bina dan budaya Islam pada ketika itu. Kubbah As-Shakrah ini dibina pada ketika itu dengan bertujuan menjadi identiti Islam di Baitul Maqdis.

Selain itu, mempamerkan keagungan dan kehebatan seni bina dan tamadun Islam yang bertapak di Jurusalem. Selain dari menandakan peristiwa Agung Isra’ Mikraj di Baitul Maqdis, Binaan Kubbah As-Shakrah ini juga menjadi lambang kekuasaan Kerajaan Umayyah di Jurusalem dan sekaligus mengesahkan kedudukan terunggul merek sebagai pemerintah negara Islam pada ketika itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.