Masjid Al-Aqsa merupakan sebuah tempat Ibadat yang suci bagi umat Islam bahkan ia telah menjadi tempat suci yang ketiga buat Umat Islam setelah Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah. Kemuliaan Masjid masjid inilah telah menyebabkan umat Islam telah berkobar kobar semangatnya bagi mempertahankan kesuciannya dan kemuliannya daripada dinodai oleh mana mana pihak yang cuba menodai kesuciannya dan kemuliannya. Dahulu, memang benar umat Islam merupakan umat paling berana kehadapan bagi mempertahankan tanah ini dari dinodai oleh pihak Kuffar dari menodai tanah ini.

Namun, usai jatuhnya kerajaan Islam seperti Uthmaniyyah, ancaman ini mulai kembali dan mereka mulai berani mengambil tindakan berani dengan menggangu kesucian rumah ibadat ini bahkan merosakkan rumah Allah ini dengan tangan tangan kotor mereka melalui pelbagai kaedah mereka.

Terdapat banyak cubaan dari pihak musuh Allah ini sedaya upaya untuk menghapuskan dan memusnahkan Masjid Al-Aqsa ini. Antaranya, pada tahun 1969, seorang pelampau telah melakukan aksi cubaan untuk membakar Masjidil Aqsa. Tindakan ini telah mengakibatkan Mimbar Sultan Salahuddin Al-Ayyubi telah musnah dek kerana serangan yang tidak bertanggungjawab ini. Tindakan ini membangkitkan kemarahan umat Islam pada ketika itu. Namun, apa hanya boleh dibuat? Hanyalah sekadar menyuarakan kecaman dan kutukan semata mata. Dan peristiwa ini mencetuskan negara negara Islam menubuhkan pertubuhan mereka iaitu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Selain itu, terdapat juga beberapa serangan yang dibuat sendiri oleh penguasa Israil sendiri iaitu Ariel Sharon, Ahli Politik Israil pada ketika itu telah memasuki Masjidil Aqsa. Tindakan Ariel ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam Filistin pada ketika itu. Oleh itu, bangkitlah penentangan yang dibuat oleh penduduk Filistin pada ketika itu sehingga mencetuskan Intifada Kedua. Dalam peristiwa ini, menctuskan ramai yang syahid dalam peperangan ini.

Serangan polis dan pasukan Israil ini tidak terhenti sekadar itu, mereka ini gemar menyerbu umat Islam ketika bulan Ramadan. Untunglah kita di Malaysia, hanya perlu berpuasa dan menahan dari lapar dan dahaga tetapi mereka di Filistin terpaksa berhadapan dengan pasukan monyet yang sering menggangu ibadah mereka kepada Allah SWT. Pasukan Israil ini sering menembak gas pemedih mata dan memecah masuk Masjidil Aqsa ketika umat Islam sedang menunaikan Solat dan melakukan Ibadah.

Justeru itu, jikalau hal ini tidak dibendung oleh pemerintah dan penguasa Islam terutamanya dari OIC, maka pihak ini akan terus menodai dan menghinakan kesucian tanah ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.