Persoalan ini agak menarik sebenarnya. Persoalan ini timbul semasa saya membaca komen di “pages” The Patriots yang bertanya tentang keadaan Baitul Maqdis pada era penaklukan Salib. Soalannya relevan sahaja, di mana Kerajaan Islam dan pasukannya? Jawapan yang paling tepat adalah ada.
Tetapi, mengapa tidak dihalang pasukan Salib ini? Bagi penguasa Islam pada ketika itu, mereka tidak menyangka yang datang kepada mereka ini adalah gerombolan pasukan Salib yang akan menakluk kota kota Islam dan termasuk Jurusalem.
Bagi penguasa penguasa kerajaan Islam di sekitarnya menyangka bahawa pasukan Salib dari Eropah ini hanyalah semata mata menjadi tentera Rom Timur yang hanya akan menakluk jajahannya kembali seperti Edessa, Tripoli dan Anatolia.
Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa yang datang kepada mereka adalah gerombolan pasukan Salib yang hauskan darah dan harta. Sepanjang penaklukan Salib Pertama, kerajaan Islam pada ketika itu masih lagi memikirkan survival politik mereka semata mata.
Antaranya, dalam semasa Pasukan Salib sedang mengasak kerajaan Seljuk, Kerajaan Fatimiyyah pada ketika itu yang berpusat di Mesir telah mengambil langkah dengan menakluk Jurusalem. Bukan sekadar itu, malah menawarkan imbalan kepada pasukan Salib untuk berundur dan memberi ganjaran kepada Pasukan Salib.
Inilah situasi Umat Islam pada ketika itu. Khalifah Abbasiyyah? Di mana dia?
Pada waktu itu, Khalifah Abbasiyyah telah menjadi sebuah kerajaan kota sahaja yang berkuasa mutlak atas Kota Baghdad semata mata. Itu pun, autoriti baginda telah dikawal oleh Wazirnya dari kalangan Seljuk. Pada waktu itu, kerajaan Islam dalam empayar Abbasiyyah mulai memerdekakan diri mereka dan menjadi kerajaan sendiri dibawah daulat Khalifah Abbasiyyah.
Dan yang terakhir, antara kesilapan besar kerajaan Islam pada ketika itu adalah memandang remeh kepada musuh. Gerombolan pasukan Salib yang awal tiba dari Eropah merupakan gerombolan pasukan Salib yang miskin. Mereka ini tidak mempunyai sebarang kelengkapan perang kerana mereka berasal dari golongan petani yang miskin.
Keadaan ini menyebabkan mereka berperang dalam keadaan tidak bersedia untuk melawan Kerajaan Seljuk yang berpengalaman tinggi dalam perang. Akhirnya, pasukan Salib Miskin ini berjaya ditewaskan oleh pasukan Seljuk.
Situasi ini telah mengubah pandangan pasukan Seljuk kepada pasukan Salib dengan menyatakan bahawa pasukan Salib adalah pasukan yang mudah ditewaskan. Ternyata kenyataan mereka meleset apabila tibanya pasukan Salib Bangsawan dengan pengalaman perang dan kelengkapan yang cukup akhirnya pasukan Seljuk terus dipukul mundur oleh pasukan Salib.
Kesimpulannya, punca kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada era pertama adalah disebabkan tiadanya persatuan dalam kalangan kerajaan Islam dan keduanya, terlalu yakin sehingga memperkecilkan musuh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih