Nama dia panda, tapi dia bukan panda pun sebenarnya.
Pelik kan? Tapi itulah yang kita gelar untuk si comel ni. Dia nak takutkan orang pun orang gelak je.
Macam mana dia dapat nama panda?
Nama panda ni datang daripada perkataan Nepal “ponya” yang bermaksud “pemakan buluh” atau “kaki buluh.”
Walaupun berkongsi nama, panda gergasi yang hitam putih tu dengan panda merah tak berkait sangat sebenarnya.
Panda merah ni ialah satu-satunya spesis keluarga diorang yang masih hidup iaitu Ailuridae, manakala panda gergasi berada dalam spesis keluarga beruang, Ursidae.
Panda merah pertama kali diklasifikasikan dan diberi nama saintifiknya, Ailurus fulgens pada tahun 1825.
Panda gergasi pun dapat nama “panda” disebabkan persamaan kedua-dua spesis ni yang jadi pemakan buluh.
Jadi, panda merah boleh dianggap sebagai panda yang sebenar walaupun panda gergasi lebih dikenali di serata dunia ni.
Panda merah ni Rakun ke?
Bukan, diorang ni bukan rakun. Dah lama dah saintis kaji taksonomi panda merah ni.
Awal-awal dulu pada 1825, panda merah diletakkan dalam ahli keluarga rakun sebab diorang apa persamaan dari segi tengkorak, gigi dan ekor.
Kemudian, analisis DNA mencadangkan bahawa panda merah mungkin tergolong dalam keluarga beruang.
Walau bagaimanapun, penyelidikan genetik kemudiannya meletakkan panda merah dalam keluarga spesis yang tersendiri iaitu Ailuridae.
Kajian sejarah evolusi panda merah ni menunjukkan bahawa panda merah adalah spesies karnivor purba dan mungkin paling rapat dengan teledu, rakun dan musang.
Lima juta tahun yang lalu, nenek moyang panda merah ni dah menjelajah Amerika Utara!
Panda merah tinggal di kawasan altitud tinggi, hutan sederhana di Himalaya dan gunung tinggi lain yang adanya buluh.
Kajian genetik baharu mencadangkan bahawa subspesies panda merah yang diiktiraf pada asalnya sebenarnya mungkin dua spesies berbeza: Ailurus fulgens fulgens dan Ailurus fulgens styani.
Ailurus fulgens fulgens kebanyakannya tinggal di Nepal dan juga boleh ditemui di India dan Bhutan.
Ailurus fulgens styani terutamanya ditemui di China dan Myanmar, dan cenderung lebih besar dan berwarna merah pekat.
Geram betul tengok ekor dia. Gebu sangat!
Ekor panda merah yang panjang dan berbulu ni membantu memastikan ia stabil semasa ia berjalan di sepanjang tebing batu dan dahan pokok.
Panda merah tak berhibernasi sepanjang musim sejuk, jadi bulu tebal dan ekornya yang lebat juga memberikan perlindungan daripada sejuk, angin dan cuaca buruk.
Rasa macam nak bela seekor. Comel sangat-sangat la si kecik ni.
Fakta menarik, Po punya cikgu iaitu Master Shifu di dalam Kungfu Panda sememangnya diinspirasikan daripada Panda Merah ni.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami! Link pembelian: https://shope.ee/4KtY6RfzYf

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply