Kungfu Panda 4 akan kembali ke layar perak tak lama lagi. Dah lama tak tengok filem ni. Memang menggamit memori.
Alang-alang pasal panda ni, mari kita tengok macam mana wujudnya panda ni?
Kalau korang ingat panda berasal dari China, maksudnya korang silap.
Di Eropah, khususnya di barat laut negara Bulgaria, kumpulan pengkaji temui fosil pasangan gigi mamalia.
Setelah dikaji dengan teliti, rupanya fosil gigi tersebut adalah milik panda kuno bernama Bulgaria Gnashers atau nama saintifiknya ialah Agriarctos Nikolovi, sempena nama ahli paleontologi bernama Ivan Nikolovi yang pertama kali kaji fosil gigi tu pada 1970-an.
Panda kuno yang hidup 6 juta tahun ni tak sama dengan panda sekarang yang kita kenal.
Bermula dari saiz tubuhnya sehingga ke diet pemakanannya. Saiz panda kuno ni hampir sama dengan saiz panda, berkemungkinan juga saiznya lebih kecil.
Habitatnya juga berbeza dengan panda sekarang. Panda kuno ni menetap di kawasan hutan berpaya, di mana terdapat banyak sumber makanan berbanding hutan yang hanya penuh dengan pokok buluh.
Mengikut fosil gigi yang ditemui itu, pengkaji mengenal pasti bahawa diet panda kuno tak sama dengan panda China.
Haiwan ni makan tumbuhan yang berdaun lembut. Panda kuno tak makan batang buluh sebab mengikut fosil giginya tak sekuat gigi panda.
Melalui penelitian ini, ahli paleontologi dari Bulgaria’s National Museum of Natural History, Nikolai Spassov nyatakan panda Bulgaria Gnashers ni mungkin berevolusi.
Diorang berevolusi sebab kurang sumber makanan antara beruang karnivor sehinggalah panda mula jadikan pokok keras seperti buluh jadi diet baru diorang.
Panda ni boleh dikatakan sebagai ‘fosil hidup’ sebab ciri-ciri yang ada dalam panda ni ada perubahan sedikit sepanjang berjuta-juta tahun berevolusi.
Terdapat banyak spesis haiwan yang berkait dengan panda tapi saintis masih lagi mencari kaitan evolusi dengan panda yang kita kenal.
Terdapat dua teori tentang sejarah evolusi panda.
Pertama, moyang kepada panda ialah beruang karnivor yang berasal dari Eropah. Kemudian bermigrasi serta berevolusi ke Asia seiring dengan perubahan ekosistem dan iklim.
Teori kedua pula ialah asal-usul panda ternyata berasal dari Asia, kemudian kepelbagaian spesis ini merebak ke Eropah.
Namun sayangnya spesis panda di luar Asia terutamanya Eropah tak dapat bertahan lama, hanya panda di Asia saja yang masih bertahan sehingga kini.
Teori kedua ni nampak munasabah sebab panda China dah lama hidup selama 8 juta tahun dahulu.
Tambahan lagi, fosil gigi haiwan berupa panda yang ditemui di Hungary pada tahun 2017 menunjukkan bahawa usia fosil itu hanya 2 juta tahun dulu.
Tapi dengan wujudnya fosil gigi panda Agriarctos Nikolovi, barulah saintis dapat gambaran asas tentang dunia evolusi panda yang selama ni kabur untuk saintis sahkan.
Ternyata moyang panda ialah beruang karnivor yang pernah bermaharajalela di Eropah, kemudian bermigrasi ke Asia untuk mencari habitat yang lebih panas, kemudian wujudnya panda China yang berwarna hitam putih dan menyukai pokok buluh.
Oleh: Azizul Farhan
___
Macam mana? Menarik tak cerita pasal evolusi panda ni? Nak tahu pasal evolusi Manusia? Dapatkan segera MANUSIA SEBELUM ADAM!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply