Penjajah ni memang selalu sangat pandang rendah dekat kita orang Melayu. Selain daripada diorang cakap Melayu malas, diorang pernah jugak persoalkan pasal kewujudan hantu-hantu Melayu.
Contohnya macam si Sherard Osborn yang jumpa kak Pontianak ni.
Sherard Osborn berkhidmat sebagai pegawai muda tentera laut di Kedah pada tahun 1838 dan jadi sebahagian tentera yang mengepung pelabuhan Kuala Kedah.
Semasa kepungan inilah, beliau tulis peristiwa pelik bin ajaib yang timpa dia dan anak-anak kapalnya.
Masa tu Osborn berehat atas kapal, dia dan anak-anak kapalnya nampak beberapa perahu orang Melayu pulang dengan sedikit tangkapan ikan.
Bila ditanya apa yang berlaku, diorang yang ketakutan cakap diorang nampak kelibat pontianak semasa memancing.
Osborn awal-awal memang gelak sakan siap kata diorang ni tengah khayal.
Dia bertegas kelibat lembaga yang dilihat itu ialah anjing laut, tapi penterjemahnya bernama Jamboo tegaskan balik apa yang dilihat diorang tu memang betul.
Malah, dia tegaskan anjing laut tak wujud di Tanah Melayu.
Osborn tulis dalam catatannya yang dia anggap pontianak tu sebenarnya spesies manusia liar yang hidup jauh daripada dilihat manusia iaitu Orang Asli.
Osborn anggap pelayar-pelayar Melayu tak dapat lari daripada mitos-mitos aneh seperti dialami pelayar-pelayar Eropah.
Kononnya apa yang dilihat kadang-kadang terhasil daripada imaginasi liar dan sudah bercampur dengan fakta logik.
Tak lama lepas tu, kapal diorang berlabuh di satu kawasan di selatan Sungai Kedah.
Kebetulan malam tu hujan turun mencurah-curah siap berkabus. Osborn minta seorang anak kapal jadi peninjau dan beritahu apa-apa perkembangan kepadanya.
Pada jam 11.00 malam, Osborn terdengar bunyi orang meludah berselang seli dengan bacaan jampi serapah (berkemungkinan ayat-ayat suci al-Quran).
Si peninjau tadi tunjukkan jarinya pada satu kawasan dalam hutan.
Osborn pelik dengan kerenah anak kapalnya dan bertanya. Si peninjau jawab diorang tak nak kelibat perahu pejuang-pejuang Kedah dan bagi amaran untuk tak tengok arah yang dinyatakan.
Apabila Osborn minta Jamboo tanya apa yang dilihat diorang, rupanya-rupanya apa yang diorang nampak ialah kelibat seekor pontianak.
Pada awalnya, beliau rasa marah dan kata benda ni karut. Tapi apabila diorang suruh Osborn tengok tempat tu, terkejut beruk dia nampak apa yang dianggap karut ni rupanya benar belaka.
Berikut catatan Osborn apabila melihat kelibat pontianak:
“Aku mula rasa seram, aku tak malu kata dan ia tersebar ke seluruh badanku tatkala aku melihat seorang wanita berkain putih di sekelilingnya, seperti dipakai wanita-wanita Hindu, ia bergerak dari bayangan hutan dan berhenti di satu anak bukit pasir putih, jarak tidak kurang daripada 300 kaki.
Aku gosok mataku, sementara penterjemahku memanggil santo (berkemungkinan nama Rasulullah s.a.w atau para wali) dan dia meludah tanpa henti, seolah-olah seperti haiwan pengotor lalu di hadapannya.
Sekali lagi aku melihat perkara sama melalui satu kawasan gelap dan secara perlahan-lahan mula menyeberang ke satu bahagian dalam hutan.
Aku dapat rasakan aku tak mampu nafikan realiti ilusi yang wujud dalam kepalaku, aku berlalu dari situ dan biarkan si Melayu tu meneruskan apa yang dilakukannya hingga tengah malam, dia bagaimanapun sekali-sekala meludah tanpa henti dan menyumpah makhluk terkutuk itu dengan jampi serapah agama Mahomet (panggilan orang Barat terhadap nama Rasulullah s.a.w).
Semasa pertengahan tempoh meninjau, Untoo (hantu) muncul lagi tapi ia tak ganggu kami – Jadee (salah seorang anak kapal) beri jaminan Untoo ialah makhluk terkutuk yang melakukan perkara kejahatan – aku anggapnya sebagai pari-pari baik, pada ketika itu kami tak terganggu lagi dengan Untoo sehinggalah ia mengganggu’ kumpulan pemancing di Sungai Setoue (Setiu).”
Kisah Osborn ni diabadikan dalam bukunya bertajuk Quedah: A Cruise in Japanese Waters yang diterbitkan pada tahun 1859.
Oleh: Azizul Farhan
___
Minat dengan kisah seram? Lagi-lagi kisah seram salah satu tempat di tanah air kita ni? Cuba korang tengok satu novel keluaran kami iaitu PUAKA LEMBAH PERASING. Pasti buat korang tak tidur malam! Dapatkan segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply