Ada satu spesis zirafah ni pernah dianggap sebagai makhluk mitos kerana tiada siapa yang pernah temui zirafah yang pernah diceritakan oleh rakyat Afrika, sampailah ia ditemui oleh peneroka British pada era 1880-an.

 

Spesis zirafah ini ialah okapi (Okapia johnstoni). Okapi atau nama lainnya iaitu zirafah hutan, zirafah Congo, atau zirafah zebra adalah sepupu zirafah yang hidup di barat laut negara Democratic Republic of the Congo, Afrika Tengah.

 

Saiz okapi ni lebih kurang macam zebra dengan hanya ketinggian 1.5 meter yang berat sehingga 350 kg. Kulit haiwan ini perang dan kadang-kala warna merah keperangan, tambahan lagi bahagian kakinya berbelang hitam putih.

 

Okapi biasanya hidup bersendirian dan diet pemakanan okapi adalah herbivor, iaitu memakan daun pokok, rumput, lumut, buah-buahan, dan kulat.

 

Semasa zaman penjelajahan Eropah, di mana penjajah British menetap di Afrika, mereka pernah mendengar kisah haiwan ‘Unikorn Afrika’ dari puak-puak Afrika Tengah.

 

 

‘Unikorn Afrika’ adalah gelaran orang Barat tentang okapi yang masa itu mereka tidak tahu kewujudannya dan dianggap sebagai mitos masyarakat Afrika. Nama haiwan ini menarik perhatian seorang peneroka Afrika Tengah bernama Henry Morton Stanley untuk mencari kewujudan haiwan tersebut di hutan Congo.

 

Tahun 1887, Stanley menemui haiwan seakan-akan keldai yang penghuni Congo namakan sebagai ‘atti’. Haiwan itu dikatakan mempunyai belang hitam putih di bahagian belakang dan bersembunyi di semak-samun apabila bertentang mata dengan manusia. Maka, penampakan ini membawa spekulasi dari Stanley bahawa haiwan tersebut adalah zebra hutan.

 

Ahli botani dan peneroka British di Uganda bernama Sir Harry Johnston, juga mencari ‘Unikorn Afrika’ melalui pencarian dari puak Afrika bernama Pgymy. Tapi, beliau tidak temui haiwan itu. Yang hanya Johnston temui ialah kulit berbelang bersama tengkorak okapi.

 

Melalui pemerhatian terhadap tengkorak tersebut, Johnston mengkelaskan ia mempunyai hubungkait dengan zirafah. Pada tahun 1901, haiwan itu dinamakan sebagai Okapia johnstoni, nama saintifik okapi.

 

Jadi, orang Barat telah menemui ‘Unikorn Afrika’ dan menggelarkan haiwan ini sebagai haiwan paling jarang ditemui kerana ia hanya menetap di hutan negara Democratic Republic of the Congo dan amat pemalu dengan manusia. Sekarang, status okapi adalah terancam dan dilindungi oleh undang-undang Congo kerana pemburuan haiwan eksotik yang melampau.

 

Bayangkan jika Stenley dan Johnston tak jumpa sepupu zirafah ni, mungkin sampai sekarang okapi hanyalah mitos sebaris dengan naga dan kraken!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply