Selain Pulau Okinawa, Pulau Hokkaido pun lebih kurang popular juga dengan kehadiran musim sejuknya. Tak perlu orang Jepun pergi ke Rusia atau Eropah untuk bercuti musim sejuk, cukup pergi ke Pulau Hokkaido terus!

 

Sedikit cerita pasal Pulau Hokkaido, pulau ini adalah pulau kedua terbesar selepas pulau besar Honshu. Dulu nama pulau ini ialah Ezo, didiami oleh manusia fasa Jomon sekitar 15,000 tahun lalu. Lama-kelamaan orang Ainu menjadi penduduk tetap pulau tersebut.

 

Semasa fasa keshogunan Muromachi iaitu sekitar abad ke-16 Masihi, orang Jepun dari Honshu berpindah ke Semenanjung Oshima yang terletak di selatan Pulau Ezo. Masa ni mereka tak mampu meneroka seluruh pulau.

 

Sampailah masuk fasa Edo, barulah penerokaan Pulau Ezo bermula oleh dua orang ahli geografi kelas samurai iaitu Mogami Tokunai dan Mamiya Rinzo. Pada abad ke-17 Masihi, ramai orang Jepun berpindah jauh di Pulau Ezo sampailah berlaku pertempuran antara kerajaan Jepun dengan orang Ainu.

 

Masuk ke fasa pemerintahan Maharaja Meiji, Pulau Ezo diserap menjadi sebahagian dari jajahan empayar Jepun dan namanya ditukar kepada nama ‘Hokkaido’. Orang Ainu pula dipaksa tinggal bersama-sama dengan orang Jepun Honshu jika nak kekal tinggal lama di Hokkaido.

 

 

Pada tahun 1947, barulah Pulau Hokkaido dijadikan sebagai wilayah negara Jepun yang ditadbir oleh gabenor Hokkaido yang berpusat di kota besar Sapporo. Pulau Hokkaido sekarang menjadi pusat pelancongan musim sejuk kerana kedudukannya hampir dengan Kutub Utara dengan suhu mencapai serendah -12 darjah Celsius.

 

Banyak perayaan musim sejuk diadakan apabila tibanya bulan Januari dan Februari. Antara perayaan orang Hokkaido adakan ialah Pesta Salji Sapporo selama tujuh hari, pertandingan luncur ais Big Air, dan sukan antarabangsa Yukigassen iaitu sukan melempar bola salji.

 

Tak hairan kalau Jepun digelar sebagai negara Asia yang mempunyai empat musim! Boleh la korang melancong ke Pulau Hokkaido kalau nak sambut musim sejuk selepas sambut tahun baru!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply