Ada satu spesis haiwan ni, korang bagi je haiwan ni lawan dengan singa, beruang, atau ular, kompom ketiga-tiga pemangsa ni lari punya! Siapakah haiwan yang begitu ditakuti oleh para pemangsa ini?

 

Spesis haiwan yang saya maksudkan ialah honey badger atau musang madu. Haiwan yang dikenali dengan nama ‘ratel’ ini adalah haiwan mamalia yang bertaburan di Afrika, Asia Barat, dan India.

 

Haiwan ini adalah satu-satunya spesis dari kumpulan genus Mellivora dalam keluarga Mellivorinae. Honey badger pertama kali wujud pada pertengahan fasa Pliocene (5.3 juta tahun dulu) di Asia.

 

Berkemungkinan ia berasal dari moyangnya iaitu haiwan genus Eomellivora dan berevolusi kepada beberapa spesis yang bertebaran di Dunia Lama (Eurasia, India, Afrika) dan Dunia Baru (benua Amerika).

 

Badan honey badger ni hanyalah bersaiz 16 kilogram tapi berani gila lawan pemangsa lain! Haiwan ini begitu berani sampai pernah mencakar muka singa dan dubuk! Kulitnya pula tahan dengan gigitan pemangsa dan tusukan dari landak. Kalau kena serang, rilek je honey badger ni bangun semula dan lawan balik!

 

 

Lagi satu, honey badger ni macam abang long kawasan sebab tak suka habitatnya dikacau sesiapa. Dan haiwan ni main serbu sarang haiwan lain untuk jadikan sebagai sarang sendiri. Pernah ada kes honey badger ni serbu kandang ayam milik penternak sampai ia dianggap sebagai perosak.

 

Sebab honey badger hanya satu-satunya mamalia kecil yang hidup bersama pemangsa di habitatnya, ia perlu menjadi berani melawan demi kelansungan hidup. Kerana keberaniannya, haiwan mamalia ini memperoleh gelaran ‘Haiwan Paling Berani di Dunia’ dan direkodkan dalam Guinness Book of World Records sejak tahun 2002!

 

Kalau korang jumpa haiwan paling samseng ni, korang nak lawan ke?

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply