Kiev, atau Kyiv, salah satu kota tertua di Eropah Timur dan bandar Slavic yang paling penting sepanjang zaman ini memiliki sejarah yang sangat panjang di mana asal usulnya sudah lama dilupakan. Kiev adalah sebutan dalam bahasa Rusia. Ia kini menjadi ibu kota negara Ukraine yang sedang berkonflik dengan Rusia ketika ini.

Ahli-ahli sejarah tak banyak berselisih pendapat mengenai peristiwa yang menyusul abad ke-9 Masihi. Kota itu jatuh ke tangan orang Varangian, selepas pemerintahannya, ia menjadi singgahsana bangsa Kievan Rus.

Namun terdapat juga perselisihan pendapat bahawa wilayah sekitar Kyiv sebenarnya sudah bertradisi Slavic sejak dahulu lagi. Tetapi sejarah kota itu sendiri agak rumit.

Artikel Wikipedia mengenai sejarah Kyiv memberi penjelasan secara ringkas. Kubu pertama abad ke-8 dibina di atas penempatan Slavic yang terbiar. Tetapi sejarawan tidak pasti sama ada orang Slav atau Khazar membina tembok ini.

Antara abad ke-8 hingga ke-9, kota ini jelas adalah sebuah pengkalan Khazar. Namanya Sambat – “tempat tinggi” dalam bahasa Turkik.

Jadi, siapa sebenarnya orang Khazar? Mereka adalah rumpun Turkik separa nomad yang pada satu ketika dahulu memilih untuk menukar kepercayaan ajaran Tengrisme mereka kepada ajaran Yahudi atau Judaisme. Mereka membina empayar yang bertahan selama beberapa abad.

Kekhaganan Khazar atau Khazaria.

Kyiv memainkan peranan penting dalam perdagangan antara China, Timur Tengah, dan Kievan Rus. Dan hampir semua peta Khazaria menunjukkan kota Kyiv berada di titik sempadan empayar.

Kini, kisah yang paling popular tentang asal usul Kyiv menyatakan bahawa pengasas Kyiv adalah tiga bersaudara – Kyi, Shchek, dan Khoryv. 

Dalam versi kemudian, seorang adik perempuan bernama Lybid menyusuli mereka. Namanya bermaksud “angsa” dalam bahasa Slavic, dan ia juga merupakan nama sungai yang mengalir melalui Kyiv – anak sungai Sungai Dnieper.

Walaupun nama Lybid sudah terang lagi bersuluh berasal dari perkataan bahasa Slavic, namun nama tiga beradik lelaki yang lain mungkin tidak. Etimologi mereka lebih bermasalah dan tidak boleh dijelaskan dengan mana-mana istilah Slavic.

Sumber tertua “legenda tiga bersaudara” ialah Rus’ Primary Chronicle. Ia bermula pada tahun 1113. Di sini, kita boleh menemui sesuatu yang berbeza, amat menarik namun ahli sejarah terlepas pandang tentangnya. Ini adalah teks yang dimaksudkan dalam terjemahan bahasa Melayu:

“Semasa menyusuri Dnieper, mereka melihat sebuah kota di atas bukit. Mereka bertanya: “Kota siapa ini?”

Terdapat tiga beradik lelaki, Kyi, Shchek, dan Khoriv. Mereka terhapus, dan kami terselamat, membayar ufti kepada puak Khazar mereka.” (Rus’ Primary Chronicle, Invitation to the Varangians, baris 15 and 16)

Puak Khazar mereka? (“родомъ ихъ козаромъ” dalam versi asal) Nestor menulis tentang catatan ini hanya beberapa abad kemudian di kota Kyiv. Dan nampaknya dia tidak berapa ragu-ragu tentang asal usul pengasas Kyiv.

Tetapi jika mereka ini benar-benar adalah orang Khazar, apakah maksud nama mereka dan bolehkah mereka dijelaskan dengan etimologi bahasa Turkik?

Monumen pengasas tiga bersaudara.

Tiga Bersaudara/Bangsa?

Satu lagi teori menarik menyatakan bahawa Kiy memutuskan untuk menetap di Ukraine, memberikan nama Kyiv kepada kota. Dua abangnya yang lain memutuskan untuk pergi lebih jauh.

Shchek menjadi nenek moyang bangsa Czech dan Khoriv pula mempelopori bangsa Croatia. Sokongan tidak langsung terhadap teori asal-usul Croatia ini datang dari petikan Wikipedia mengenai sejarah Kyiv:

“Suku Magyar memerintah kota ini antara tahun 840 dan 878, sebelum bermigrasi bersama beberapa suku Khazar ke Hungary.”

Malah, terdapat sebuah nekropolis (makam besar) Khazaria yang besar, mengandungi 650 kubur dan bertarikh sekitar abad ke-8 hingga 9 Masihi, di Chelarevo, Serbia, tepat semasa migrasi ke Hungary.

Tetapi jika nama-nama ini memang berasal dari suku-suku Turkik / Khazar, pasti sudah ada pihak dijangka telah melihat mereka mula-mula muncul lebih jauh ke Timur, dalam tempoh yang lebih awal, sebelum penghijrahan barat ini. Dan proses ini mungkin benar-benar berlaku.

Pemandangan kota Kyiv, Ukraine.

Khoriv

Semasa penggalian arkeologi di kota Tanais kuno, berhampiran Rostov on Don, Rusia moden, dua tablet telah ditemui, yang hari ini dikenali sebagai tablet Tanais.

Untuk kes kita ini, yang paling menarik ialah tablet B, bertarikh tahun 220 Masihi dan mengandungi salah satu sebutan terawal tentang etnonim Croat. Seperti yang didakwa artikel Wikipedia:

“Antara namanya ialah Horoúathos, Horoáthos, dan Horóathos. Sarjana mentafsirkannya sebagai antroponim bagi etnonim Croatia Hrvat, berasal dari Iran. Tablet B Tanais menyebut Horoathos, anak lelaki Sandarz – sejenis nama Scytho-Sarmatian. Ini adalah petunjuk bahawa orang Croat awal boleh jadi orang Sarmatia atau Alan yang menjadi Slavik”

Jadi mungkin, enam abad sebelum Khoriv kita boleh melihat etnonim Horoathos (-os ialah akhiran Yunani) lebih jauh ke Timur. Mestilah, tambahan pula memang ada kaitan antara nama-nama ini.

Sebut tentang kaitan, perlu disebut juga bahawa kota Tanais juga merupakan sebahagian daripada empayar Khazar. Ia merupakan sempadan timur empayar, sama seperti Kyiv yang menandakan sempadan barat.

Shchek

Sempadan selatan empayar Khazaria bersentuhan dengan pergunungan Kaukasus, hampir dengan negeri Chechenia moden.  Dari sinilah bermulanya ejekan dalam forum etimologi di mana beberapa kajian diejek-ejek kerana mencari titik persamaan antara Czech dan Chech-enia.

Tetapi dari perspektif ini, mungkin terdapat beberapa kebenaran dalam dakwaan ini. Aku tak menemui sebarang etimologi rasmi Chechenia dan aku pun bukannya faham bahasa pertuturan mereka, jadi aku tak terlibat dengan perbahasan tentang etimologi ini.

Kiy

Tetapi ini membawa kita kepada persoalan yang paling penting. Siapa Kiy? (Кий dalam Rus’ Primary Chronicle). Seperti yang dinyatakan oleh Wikipedia Kyiv:

 “..Kyi, Shchek dan Khoryv bukanlah nama Slavik dan makna serta asal usulnya sentiasa menjadi masalah bagi ahli sejarah Rusia.”

Jika ini memang nama suku Turkik, calon yang jelas boleh jadi salah satu suku Turki yang paling penting dalam sejarah – suku Kayı.  Mungkinkah Kayi ada kaitan dengan Kyi? Wikipedia Kayı menyatakan:

“Suku Kayı memainkan peranan penting dalam sejarah Kaukasus. Bahasa Kayitag adalah salah satu daripada lima dialek bahasa Kumyk. Ia adalah bahasa lingua franca di Kaukasus Utara selama sepuluh abad (abad ke-10-19 M).”

Sebaliknya, Wikipedia Khazar menyatakan seperti berikut:

“Selama tiga abad (650-965 M) Khazar menguasai wilayah yang membentang dari padang rumput Volga-Don ke Crimea timur dan Kaukasus utara.”

Lebih-lebih lagi, kedua-dua suku Khazar dan Kayı sama-sama berkongsi asal usul Turki dan bahasa Kumyk, jadi berkemungkinan besar Kayı adalah salah satu suku di empayar Khazaria. Kalau begitu, mungkinkah nama Kiy ada kaitan dengan mereka?

Tidak dinafikan, suku-suku yang kuno dan penting ini pernah menjelajah padang rumput jauh sebelum sejarah yang lebih jelas tentang mereka dicatatkan.

Kayı sangat dihormati sebagai suku yang mengasaskan Empayar Uthmaniyah semasa zaman pertengahan. Tetapi terdapat tanda-tanda bahawa sejarah mereka mungkin boleh dikaitkan dengan rekod terawal Scythian, bangsa Turkik nomad kuno yang tidak jelas identitinya. Mungkin kita boleh bincang lain kali.

Penempatan suku Turki Kayı menurut gambaran siri televisyen Dirilis Ertugrul.

Kesimpulan

Peristiwa-peristiwa yang diterangkan di sini berkaitan dengan migrasi Turkik – penyebaran suku-suku Turki di Eropah dan Timur Tengah. Ia berlaku antara abad ke-6 dan ke-11.

Dua suku lain yang sama penting dalam proses ini ialah Hun, yang dipercayai menjadi asal usul kepada nama Hungaria dan Sabir (juga dikenali sebagai Serboi) yang mungkin ada kaitan dengan Serbia.

Orang Slav dan orang Turki dari padang rumput masing-masing adalah stok dari Scythia. Mereka telah berkongsi sempadan dari Asia ke Eropah sejak zaman berzaman, kadang kala dalam peperangan, kadang kala dalam keadaan aman.

Genetik menyokong dakwaan ini. Haplogroup Y yang dominan bagi kedua-dua suku ini ialah R1a (tidak termasuk wilayah Kaukasud). Kedua-dua bangsa ini telah meninggalkan jejak mereka di wilayah luas yang terbentang antara Eropah dan India, Laut Baltik dan Siberia.

Dan semakin mendalam kita menggali sejarah, budaya dan adat resam, mereka, semakin kecil perbezaan yang memisahkan mereka.

Jika Croat dan Czech benar-benar membawa nama yang berasal dari suku Turki, nama-nama ini mungkin tergolong dalam kelas pemerintah, maka lebih kecil bilangannya.

Hal yang sama berlaku kepada orang Bulgaria, masyarakat Slavik yang mendapat nama mereka dari nama Bulgar, sebuah suku Tatar Volga berbahasa Turkik. Mereka juga merupakan sebahagian daripada empayar Khazar.

Dari sana mereka berhijrah ke Balkan semasa migrasi ini. Tetapi bilangan mereka sangat tidak ketara sehingga bahasa Slavik terus kekal dominan, pun begitu, kedan pengaruh budaya tertentu masih jelas, antaranya amalan dan kepercayaan kedukunan dalam Tengrisme.

Empayar Khazar tidaklah begitu misteri seperti yang disangkakan kebanyakan penggemar teori konspirasi. Ia adalah sebuah konglomerat bangsa, sama seperti “empayar” Scythia sebelum itu. Populasinya mungkin boleh digambarkan dengan lebih baik hasil peninggalan dari nekropolis Chelarevo.

Di sana kita boleh melihat ada tiga jenis pengebumian yang berbeza – iaitu kaedah shamanistik Avar yang memulihara kepercayaan Tengrisme nenek moyang mereka, selebihnya adalah kaedah Yahudi Khazar dan Slavic – ketiga-tiga kaedah kepercayaan berbeza yang berada di satu tempat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Leave A Reply