Madrasah Nizamiyyah merupakan sebuah universiti bercorak madrasah pertama yang pertama ditubuhkan. Madrasah ini ditubuhkan sekitar tahun 1067 Masihi di dalam Empayar Seljuk. Pada waktu itu ialah pada pemerintahan Sultan Melik Shah I.
Madrasah ini dibina atas kerangka idea seorang wazir Seljuk iaitu Attabeg Nizam Al-Mulk atau nama sebenarnya, Abu Ali Hasan ibn Ali Tusi yang merupakan seorang wazir berkhidmat kepada Sultan Melik Shah I dan ayahandanya, Sultan Alp Arslan. Di Madrasah ini terkumpulnya pelbagai bidang baik ilmu Al-Quran sehinggalah bidang Akademik baik Sastera mahupun Sains.
Madrasah ini juga menjadi benteng pertahanan Ilmuwan bagi menangani propaganda yang membadai ilmu Islam pada ketika itu baik dari puak Isma’ili dan Syiah. Di Madrasah ini lah melahirkan ramai ilmuwan yang berkompeten menghujahkan dan membatalkan hujah serta syubhat ke atas agama.
Salah seorang daripada Mahasiswa dan Pensyarahnya adalah, Al-Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali. Di madrasah inilah Imam Al-Ghazali berguru dengan Imam Al-Juwayni.
Setelah tamat pembelajarannya beliau kembali menjadi pensyarah di Universiti ini dan menghasilkan pelbagai karya yang menghujah syubhat yang meragukan tentang Islam seperti, Tahafut Al-Falasifah, Ihya’ Ulumuddin, Kimiya Saadet dan pelbagai lagi karyanya.
Madrasah ini juga terkenal dengan kekayaan ilmuwannya yang menghasilkan pelbagai karya agung antaranya, Nizam Al-Mulk sendiri mengarang kitab berkaitan Politik iaitu Siyaset Nama.
Oleh : Muqri Nizam




No comments yet