Terdapat sebuah kisah yang masyhur dalam kitab kitab Sirah seperti Al-Bidayah Wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Katsir yang menceritakan keberanian Sayyidina Khalid dalam memerangi Parsi dan Rom.

 

Ada sebuah kisah yang menarik untuk kita hayati bersama.Semasa operasi menakluk Kota Anbar,Sayyidina Khalid telah didatangi seorang pendeta tua. Dia berbual dengan Sayyidina Khalid tentang proses penaklukannya.

 

Namun,ada suatu yang menarik perhatian Sayyidina Khalid pada orang tua tersebut.Di pinggangnya tergantung sebuah botol kecil yang berisi air. Lantas,Sayyidina Khalid bertanyakan tentang botol tersebut.Pendeta itu menjelaskan bahawa itu ialah racun yang amat mematikan.Bisanya boleh membuat mangsanya mati serta merta.

 

Sayugia,Sayyidina Khalid meminta racun tersebut.Beliau berhasrat untuk membuktikan bahawa Racun tidak memberi mudharat.Hanyasanya Allah sahaja yang berkuasa untuk mematikan dan menghidupkan.

 

Para sahabat beliau seperti Sayyidina Abu Ubaidah Al-Jarrah menegah beliau daripada berbuat demikian.Namun,keinginan Sayyidina Khalid ini tidak dapat dibendung lagi. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim beliau meminum racun tersebut dengan sekali teguk !

 

Dan tiada apa yang berlaku kepada panglima Islam tersebut sejurus meminum racun tersebut.Berita perbuatan panglima Islam ini tersebar ke seluruh pelusuk Kota Anbar.Akhirnya,Kota Anbar berjaya ditundukkan kebawah kekuasaan Islam.

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply