Pernah dengar tak tentang tumbuhan karnivor? Kalau tak pernah dengar, korang tahu tentang pokok periuk kera? Ya, tumbuhan yang memerangkap mangsanya seperti lalat masuk ke dalam daun berupa periuk dan mati dicerna oleh cecair dalam daun periuk itu!
Pokok periuk kera itu sebenarnya spesis pokok dari kumpulan tumbuhan karnivor. Tumbuhan pun ‘makan’ makan mangsa selain dapatkan sumber dari tanah, air, dan cahaya matahari. Keunikan tumbuhan ini buat kita tertanya-tanya, macam mana tumbuhan macam ni boleh ada diet memakan mangsa?
70 juta tahun lalu, masa dinosaur masih menguasai dunia, banyak spesis tumbuhan kuno membiak di kawasan berlopak dan ada paya. Tanah di kawasan berair mempunyai sumber nutrien yang kurang, jadi susah spesis tumbuhan ini hidup subur.
Jadi, spesis tumbuhan kuno ini mula menjadikan dedaun sebagai ‘alat’ untuk memerangkap serangga yang datang singgah. Apabila serangga ditangkap, daun yang berperanan sebagai perangkap akan ‘membaham’ dan hancurkan dengan cecair yang mampu mencerna. Dengan cara ini, tumbuhan tersebut mendapat nutrien yang banyak berbanding bergantung kepada tanah.
Kemudian, lahir spesis tumbuhan baru yang ‘memakan’ serangga, seterusnya lahir kumpulan baru iaitu tumbuhan karnivor. Sekarang, terdapat beratus-ratus spesis tumbuhan karnivor selain pokok periuk kera.
Antara spesis tumbuhan karnivor ialah pokok Venus flytrap (Dionaea muscipula), pokok yang daunnya macam mulut dan ada ‘giginya’. ‘Mulutnya’ buka luas-luas demi menunggu serangga seperti lalat datang singgah. Sekali lalat datang rehat dalam ‘mulut’ pokok, ia terus baham dan menghimpit mangsanya sampai mati.
Lagi satu spesis tumbuhan karnivor ialah pokok Sundew (Dionaea muscipula) dari Australia. Daun panjangnya menghasilkan cecair yang manis untuk menarik perhatian serangga. Tapi cecair itu melekit, jadi sebaik saja serangga sentuh cecair tersebut, kompom masuk perangkap! Mangsa tersebut akan bergelut sampailah mati, kemudian daun panjang itu melilit mangsa dan bermulanya proses mencerna.
Beginilah cara tumbuhan karnivor meneruskan hidup dengan memakan mangsa dengan pasang perangkap semula jadi. Jangan risau, tumbuhan ni makan serangga je. Belum ada lagi spesis pokok yang mampu memakan haiwan bersaiz besar.




No comments yet