Rasanya korang dah biasa dengar nama Ip Man dari filem aksi Kungfu bersiri lakonan Donnie Yen. Aksi Kungfu dia agak unik berbanding aksi Kungfu lain yang selalu ‘terbang’. Gerakan tangan yang pantas semasa melawan dan mengelak juga adalah ciri utama ilmu Kungfu Ip man bernama Wing Chun.

 

Filem bersiri Ip Man ini menjelaskan tentang kisah hidup Ip Man yang bertempur demi menjaga maruah orang China dari dicemari penjajah. Adakah filem ini selari dengan kisah hidupnya sebenar?

 

Pertama sekali, kita kenal dulu siapakah Ip Man ini. Nama sebenarnya ialah Ip Kai Man yang lahir pada 1 Oktober 1893 di Guangdong, China. Pada usia sembilan atau 13 tahun, Ip Man mempelajari ilmu Wing Chun dari gurunya bernama Chan Wah Shun tapi hanya tiga tahun saja kerana gurunya mengalami strok pada tahun 1909.

 

 

Pada umur 16 tahun, Ip Man pindah ke Hong Kong untuk meneruskan pengajian di Kolej St. Stephen. Di sana, beliau meneruskan belajar ilmu Wing Chun bersama Leung Bik, di mana bapanya pernah mengajar Wing Chun kepada guru Ip Man.

 

Tahun 1916, Ip Man pergi ke China semula dan bekerja sebagai pegawai polis. Beliau mula mengajarkan ilmu Wing Chun kepada pegawai polis lain. Masa tu beliau belum buka sekolah Kungfu lagi, hanya murah hati mengajar ilmu pertahanan diri kepada sesiapa yang sudi.

 

Semasa Perang Sino-Jepun Kedua berlansung, Ip Man berpihak kepada parti Kuomintang. Tidak jelas sama ada Ip Man terlibat dalam perang tersebut atau tidak. Masuk tahun 1949, setelah Parti Komunis China memenangi perang sivil, rakyat China yang berpihak kepada Kuomintang termasuklah Ip Man, isteri dan empat orang anaknya berpindah ke Hong Kong.

 

Agak sengsara jugalah hidup Ip Man ni. Mula-mula beliau dan isterinya terpisah akibat penutupan sempadan China-Hong Kong pada tahun 1951. Tambahan lagi, Ip Man tidak ada kerja tetap. Nak kerja sebagai pegawai polis balik, risau sokongannya kepada Kuomintang diketahui ramai. Nak mengajar semula ilmu Wing Chun, Ip Man mengambil keputusan untuk tidak dedahkan dirinya.

 

Setelah dipujuk oleh kawannya, akhirnya Ip Man sudi untuk mengajar ilmu Wing Chun sambil bekerja sebagai pelayan restoran. Para pelajarnya ketika itu ialah kawan sekerjanya. Pada era 1960-an, Ip Man semakin terkenal dalam komuniti Hong Kong dan ramai mula meminta beliau mengajar ilmu Wing Chun.

 

 

Masuk tahun 1967, Ip Man bersama pelajarnya menubuhkan Persatuan Atlet Ving Tsun untuk memudahkan Ip Man peroleh pendapatan hasil dari mengajar ilmu pertahanan diri. Akhirnya, Ip Man meninggal dunia pada 2 Disember 1972 akibat kanser leher dan dikebumikan di Wo Hop Shek, Hong Kong.

 

Hidup Ip Man ni sebenarnya biasa saja, tapi kemurahan hati beliau mengajar ilmu Wing Chun menjadikannya popular, sampai lahirnya generasi-generasi kemudian yang mengamalkan ilmu Wing Chun. Antara pelajar Ip Man yang popular ialah Bruce Lee, pelakon aksi lagenda yang menjadi kegemaran ramai!

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply