Kalau kita tengok di langit pada waktu malam, tengok bintang-bintang berkelipan pun kita terasa begitu luasnya angkasa lepas. Kalau kita tengok angkasa melalui teleskop dari probe angkasa, ia lagi luas dari langit malam!

 

Keluasan angkasa lepas ini membuatkan saintis tertanya-tanya, alam semesta yang penuh dengan planet dan bintang ni ada penghujung ke?

 

Banyak kali saintis berteka-teki akan soalan penting ini. Mereka merujuk kepada kiraan pengembangan alam semesta selepas peristiwa Big Bang. Dari peristiwa tersebut sampai sekarang, keluasan alam semesta ialah sekitar 95 billion tahun cahaya!

 

 

Memang besar gila alam semesta ni sampai kita tidak mampu ukur sendiri! Jadi, bukankah saintis sendiri telah temui penghujung alam semesta? Apa yang ada di luar alam semesta sebesar berbillon tahun cahaya ini?

 

Sebenarnya, alam semesta seluas itu dipanggil sebagai ‘observable universe’ iaitu alam semesta yang boleh dilihat melalui pemerhatian dan pengiraan saintis. Di luar ‘observable universe’ adalah alam yang mereka tidak dapat memerhati dengan jelas.

 

Saya bagi contoh untuk korang faham. Bayangkan kita ni ialah kapten kapal yang berlayar di tengah-tengah lautan yang luas. Dengan pakai teropong, kita memerhati kawasan laut sehingga sejauh 10 km. Jarak melebihi 10 km adalah kawasan laut yang kita tak dapat teropong.

 

Jadi, kita ada dua dunia, iaitu dunia laut yang dapat dilihat dengan jarak 10 km dari kapal (observable universe) dan dunia laut melebihi jarak 10 km yang tak dapat dilihat dari kapal (unobservable universe).

 

Dalam kes alam semesta, alam yang kita lihat dengan mata sendiri ialah ‘observable universe’, manakala alam semesta yang kita tidak mampu lihat ialah ‘unobservable universe’. Korang boleh lihat di gambar ini dengan jelas tentang contoh kapal yang saya berikan.

 

 

Jadi, saintis mengandaikan bahawa alam semesta yang sebenar teramat luas, tidak ada penghujung. Keluasan 95 billion tahun cahaya hanyalah jarak yang saintis mampu lihat!

 

Tapi, mereka tetap tekun untuk mencari penghujung alam semesta semata-mata mencari rahsia alam yang masih disimpan. Mungkin mereka jumpa alam semesta lain atau ‘multiverse’ di luar alam semesta kita!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply