Setelah tamatnya Perang Siffin, kedua-dua pihak Sayyidina Ali (ra) dan Sayyidina Muawiyah (ra) menghantar wakil untuk mengusahakan perjanjian damai yang dikenali sebagai Majlis Tahkim.
Sayyidina Ali diwakili oleh Abu Musa al-Asyari (ra) dan Sayyidina Muawiyah (ra) diwakili oleh Amru bin al-As (ra). Berlakunya perangkap memerangkap dan tipu menipu antara kedua-dua wakil yang ditulis dalam banyak sumber sejarah Islam.
Kedua-dua wakil bertemu dikawasan perang selepas perang dihentikan pada Rabiulawal 38H. Abu Musa dan Amru setuju dan janji menyelesaikan isu ni dengan rujuk al-Quran dan Sunnah. Orang ramai dijamin keselamatan diri, keluarga dan harta sampailah keputusan wakil-wakil ni muktamad. Kedua-dua wakil setuju berkumpul semula di Dumah al-Jandal pada bulan Ramadan dan setiap pihak diwakili 400 orang sebagai saksi.
Berlaku percanggahan yang ditulis oleh sejarawan Islam dalam peristiwa ni. Terdapat tiga pendapat bagaimana terjadinya kontroversi peristiwa ni.
1. Al-Yaakubi, Ibn Tabataba dan sumber-sumber yang serupa menyatakan kedua-dua wakil, Abu Musa dan Amru setuju untuk pecat Ali dan Muawiyyah sebagai cara terbaik menyelesaikan masalah ni dan akan serahkan kepada umat Islam secara Syura untuk pilih khalifah. Keputusan ni ditulis dalam surat wathiqah dan kemudiannya diisytiharkan di Dumah al-Jandal. Disini berlakunya tipu-menipu dan perangkap-memerangkap kedua-dua wakil.
Abu Musa sebagai wakil Ali isytiharkan untuk memecat Ali dan Muawiyah daripada jawatan mereka. Manakala Amru sebagai wakil Muawiyah isytiharkan hanya memecat Ali dan mengekalkan Muawiyah sebagai tuannya. Berlakulah perbalahan dan maki hamun antara Abu Musa dan Amru yang dituduh penipu dan pembelot.
2. Al-Tabari menerangkan yang kedua-dua wakil setuju untuk pecat Ali dan Muawiyah. Tapi tak beritahu siapa yang akan ganti mereka dan serahkan kepada umat Islam. Perjanjian ni berlaku tanpa menulis apa-apa catatan. Dan ketika pengisytiharan dilakukan, berlakulah tipu-menipu. Sama seperti pendapat pertama.
3. Al-Mas’udi dalam catatan pertama dan kedua sama seperti pendapat sebelum ni. Namun dalam catatan ketiganya ada perbezaan dimana tiada pengisytiharan dilakukan, hanya berlaku perjanjian bertulis dan tidak berlaku tipu-menipu atau muslihat kerana pengisytiharan tersebut tidak berlaku.
Menurut pandangan Dr. Ibrahim Sawat, Dr. Mahmoud Ziadah dan Dr. Hassan Ibrahim Hassan, mereka berpendapat riwayat al-Mas’udi lebih rasional dan munasabah sesuai dengan peribadi mulia sahabat Rasulullah (saw). Riwayat al-Tabari pula hanya menyebut membuat pengisytiharan dan berlaku penipuan. Apa kelebihannya kepada Muawiyah jika ia berlaku?
Umat Islam waktu tu perlukan perjanjian bertulis dan bukannya ucapan semata-mata. Malah 400 orang yang menjadi saksi akan mencetuskan pertumpahan darah apabila sedar mereka ditipu. Tetapi ianya tidak berlaku. Dan mereka bersurai tanpa apa-apa perbalahan.
Oleh: Azizul Farhan
Perlulah kita ambil iktibar daripada Fitnah Pertama yang memecahkan perpaduan umat Islam. Bacalah KITAB TAMADUN ISLAM untuk menghayatinya. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply