Pernah tak korang tengok tugu ni? Inilah Tugu Peringatan Perang USMC yang terletak di Virginia, US. Tugu ni jugak memberi inspirasi kepada Tunku Abdul Rahman untuk bina Tugu Negara di Malaysia.
Tapi tau tak korang kisah perang sebenar di sebalik tugu ni?
Iwo Jima, sebuah pulau kecil di Pasifik. Namun lokasinya sangat strategik, Jepun akan dapat kesan serangan tentera udara US terhadap tanah besar Jepun.
Hujung 1944, Jepun sedar mereka sedang bertahan dan berlengah. Beberapa pulau penting di Pasifik hilang dari genggaman Jepun. Nak taknak, Iwo Jima menjadi benteng terakhir Jepun sebelum US serang tanah besar Jepun.
Lt. Kuribayashi larang tenteranya “banzai” untuk elak ramai terkorban. Kuribayashi guna bentuk muka bumi pulau yang berbukit sebagai pertahanan. Gunung Suribachi dijadikan pusat artileri terbesar kerana kedudukannya mampu melihat keliling pulau. Tentera Jepun diberikan bekalan yang cukup untuk 3-4 bulan bertempur.
US mengebom Iwo Jima sejak 15 Jun 1944. Pemerintah US anggap dengan cara ni Iwo Jima akan mudah ditawan. Namun tentera Jepun sudah bersedia di Iwo Jima sejak Mac 1944.
19 Februari 1945, jam 8.59 pagi, pasukan pertama marin US mendarat di pantai tenggara Iwo Jima. Menghairankan bila mereka langsung tak diusik Jepun. US fikir tentera Jepun dah lari lepas kena bedil berminggu-minggu. Artileri dan kereta kebal mula mendarat di pantai tersebut.
Tepat jam 10 pagi, Kuribayashi arahkan semua senjata di Iwo Jima melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pantai tersebut. Habis pantai tersebut berdarah dan lebih 80% pasukan US yang mendarat tadi lenyap di hari pertama.
Tentera Marin US serang dari 3 arah. Kiri berobjektifkan Gunung Suribachi, tengah berobjektifkan Lapangan Terbang No.1 dan kanan berobjektifkan pasukan penyekat kanan.
Walaupun ditentang hebat oleh Jepun, tentera US berjaya mara dengan bantuan tembakan meriam kapal dan serangan udara. Jam 11.30 pagi, Tentera Marin US berjaya tawan lapangan terbang.
23 Februari, Gunung Suribachi berjaya ditawan Tentera Marin US. Ramai tentera Jepun yang melarikan diri melalui terowong bawah tanah. Ketika inilah tentera US pacakkan bendera di puncak gunung. Sektor kanan tidak memihak kepada US yang diserang bertali arus oleh Jepun.
8 Mac, tentera US berjaya tiba di utara pulau. Pertahanan Jepun terbahagi 2. 16 Mac, Lapangan Terbang No.2 ditawan US. 21 Mac, tentera US membersihkan kawasan timur pulau dan 24 Mac, pos terakhir Jepun dibersihkan namun Kuribayashi tidak ditemui.
25 Mac, serangan banzai dari belakang tentera US untuk menawan semula Lapangan Terbang No.2 dilakukan tentera Jepun. Mereka keluar dari terowong dan ini ialah serangan terakhir tentera Jepun.
Serangan ini berlangsung 90 minit di waktu malam dan kesemua 300 tentera Jepun mati atau ditawan. Kuribayashi yang dikatakan memimpin serangan langsung tak ditemui.
26 Mac, Laksamana Spruance isytiharkan Iwo Jima ditawan sepenuhnya dan selamat digunakan sebagai markas. Iwo Jima membuka laluan kepada US untuk menyerang tanah besar Jepun dalam pertempuran seterusnya yang berlangsung di Okinawa.
Pertempuran ni difilemkan dalam 2 perspektif dan kedua-duanya diarahkan oleh Clint Eastwood serta muncul di layar perak pada tahun 2006. “Flags of Our Father” daripada perspektif US dan “Letters from Iwo Jima” daripada perspektif Jepun.
Oleh: Azizul Farhan
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah! Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply