Alam angkasa terbentang begitu luas dengan banyak objek untuk direbut penduduk Bumi. Tidak mungkin semua objek boleh dikunjung secara fizikal. Namun mata kita dengan bantuan teknologi takkan terlepas. Selalu sangat kita dengar tentang kejayaan NASA, CNSA dan ESA, tiga agensi angkasa paling ke hadapan di dunia. Tambah pula satu dunia sekarang sedang terpesona dengan gambar-gambar Teleskop Angkasa James Webb terutamanya gambar cerapan 13 bilion tahun yang lalu. Namun kisah hari ini adalah mengenai kejayaan Agensi Angkasa Malaysia, yang mempunyai sebuah teleskop bersistem (observatory) di Langkawi.

Dan pada 26 Jun tahun ini, teleskop tersebut berjaya mencerap sebuah komet yang pernah menjadi sebutan hangat. Sebelum ulas pasal komet ini, kena faham dulu tentang Sistem Suria. Zaman sekarang makin ramai orang tiada ilmu berbicara tentang angkasa dengan dakyah dangkal kononnya Matahari mengelilingi Bumi yang pegun (tidak berputar). Fakta sebenar adalah, Matahari berputar dan mengelilingi Pusat Galaksi. Semua planet (termasuk Bumi) berputar sambil mengelilingi Matahari.

Sistem Suria pula tidak habis pada orbit Pluto semata-mata. Nun jauh selepas Pluto terletaknya Awan Oort yang bersaiz 7.4 trilion kilometer (Creighton, 2013).

Kedudukan Awan Oort.

Bayangkan begini. Jarak antara Matahari dan Pluto adalah 5.9 bilion kilometer. Awan Oort pula bersaiz 1,339 kali ganda lebih besar berbanding jarak tersebut. Dalam ruangan Awan Oort ada serpihan-serpihan batu angkasa yang beku. Jumlahnya jangan cakaplah. Silap-silap lebih daripada angka trilion. Kadangkala serpihan-serpihan ini boleh ditarik graviti Matahari, mengambil masa ribuan tahun untuk sampai dan pusing balik sebagai komet yang kelihatan sangat indah.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Awan Oort mempunyai banyak komet yang menarik. Salah satu komet yang dimaksudkan adalah C/2017 K2 (PanSTARRS). Komet ini ditemui pada Mei 2017, dengan ciri-ciri jelas berasal daripada zon Oort. Pada waktu penemuan, C/2017 K2 berada di orbit Zuhal. Ikut jangkaan saintis, C/2017 K2 sudah lama mengembara – barangkali jutaan tahun. Ia akan membuat pusingan mengelilingi Matahari sebelum bergerak balik ke Zon Oort. Dan saintis berpendapat perjalanan pulang ini mengambil masa 18,000 tahun.

Lima tahun selepas penemuan, yakni 14 Julai 2022, C/2017 K2 menyeberangi langit Bumi. Dan pada masa ini, Agensi Angkasa Malaysia ambil kesempatan. Pada ketika C/2017 K2 bergerak 270 juta kilometer daripada Bumi, teleskop bersistem mereka mendapat gambar yang begitu kemas.

Gambar dicerap Angkasa.

 

Gambar cerapan Hubble.

Komet ini kelihatan mempunyai ekor yang sangat panjang. Ikut kiraan, ekornya bersaiz 800,000 kilometer. Sangat panjang. Diameter Bumi sendiri baru 12,742 kilometer. Malah diameter Musytari pula baru 139,820 kilometer. Komet ini selamba mendabik dada dengan ekor 800,000 kilometer.

Bagi yang tertanya-tanya tentang komet ini, saintis sudah tahu banyak benda. Komet ini berasal daripada zon yang beku. Namun semakin menghampiri Matahari, kandungan ais purbakalanya akan mula cair dan melepaskan oksigen, nitrogen, karbon dioksida dan karbon monoksida dalam bentuk habuk (Byrd, 2017). Pelepasan gas ini takkan sesekali membahayakan penduduk Bumi. Namun saintis sangat tertarik untuk kaji gas ini kerana asal-usulnya daripada ruangan yang takkan mungkin dicapai dalam tempoh 100 tahun ini.

Jika ada yang bimbang pasal pelepasan gas ini, bawa bertenang. Gas kenderaan kalian jauh lagi membahayakan Bumi daripada gas C/2017 K2.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Byrd, D. (2017, Oktober 2). Farthest active inbound comet yet. Earth & Sky.

Creighton, J. (2013, Disermber 15). The Oort Cloud: How Big Is Our Solar System? Futurism.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply