Perang Dingin mendedahkan suatu sisi gelap tentang Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Masing-masing takut antara satu sama lain. Rakyat Amerika Syarikat asalnya percaya yang Kesatuan Soviet sangat maju. Mana tidaknya, Soviet berjaya melancarkan satelit pertama dunia iaitu Sputnik 1. Mereka panik menyangka ada jurang teknologi (technological gap) yang mana mereka ketinggalan teruk. Untuk menyejukkan keadaan, kerajaan Amerika Syarikat menubuhkan NASA sebagai pelan tindakan untuk menghantar orang pertama ke angkasa.

Perlumbaan ini pun mereka tewas, dengan pelancaran Vostok 1 yang membawa Yuri Gagarin ke kayangan pada 12 April 1961. Jadi pihak Amerika Syarikat mengatur langkah lebih gila. Mereka ingin mendarat di Bulan pula. Dalam usaha membangun teknologi yang diperlukan, Soviet menjaringkan gol ketiga dengan pelancaran Valentina Tereshkova sebagai wanita pertama ke angkasa.

Yuri Gagarin (kiri); Valentina Tereshkova (kanan).

Namun Amerika Syarikat sudah alih tiang gol dan tidak lagi peduli tentang pelancaran ke angkasa semata-mata. Mereka bertungkus-lumus meletakkan Bulan sebagai sasaran.

Perlumbaan Yang Sangat Dahsyat

Pihak Soviet tidak pernah mengaku mereka ingin ke Bulan. Pertama sekali, mereka bermain tali politik dan menyangka Amerika Syarikat akan gagal. Bulan pada masa itu terlalu jauh dan mustahil. Jadi jika Amerika Syarikat gagal, tentu sekali semangat negara tersebut akan merudum. Pada masa itu, Soviet boleh memintas dan selamba mendarat di Bulan. Jadi sepanjang 1960-an, Soviet membawa gambaran yang Amerika Syarikat sedang berlumba dengan diri sendiri.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Amerika Syarikat pula bijak dan tidak mudah makan umpan. Mereka meneruskan rancangan selepas kegagalan Apollo 1. Namun saban tahun, Soviet pula mula menggigil. Program Apollo yang menelan perbelanjaan AS$25.4 bilion (AS$160 bilion nilai sekarang) semakin berjaya. Dan pada tahun 1969, Apollo 11 meletakkan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin sebagai dua orang pertama yang mendarat di Bulan.

Soviet Kejut Harimau Sedang Tidur

Pendirian Soviet asalnya bijak. Jangan kecoh dan pekakkan telinga saja. Radio Moscow menuduh Apollo 11 sebagai, “tanda pembaziran dana yang dirompak daripada rakyat terzalimi hanya demi semangat fanatik.” Sampai sudah kerajaan Soviet hanya berkata, “kami hanya mahu menghantar satelit dan prob robot saja.” Namun para angkasawan Soviet berbeza pandangan. Ambil contoh Vladimir Komarov pada tahun 1966: “aku berani jamin yang Amerika Syarikat takkan berjaya hantar manusia ke Bulan sebelum Soviet.” Dan agensi angkasa Soviet pula lagi lain macam. Senang kata, mereka mahu mendarat di Bulan sebelum tahun 1969.

Pada tahun 1989, kerajaan Soviet melaksanakan dasar terbuka (glasnost). Banyak maklumat sulit ‘diawamkan’ sampai satu dunia tahu pasal LK-3 Lunar Lander ini. (Andrew Gray/CCBY-3.0).

Dan selepas pembubaran Soviet, siasatan bebas mendapati memang Moscow tergesa-gesa buat program Bulan. Kerana mereka sendiri tidak sangka program Apollo akan berjaya. Jangankan Apollo 11, NASA selamba mendaratkan Apollo 12, 14, 15, 16 dan 17. Kira masuk saja tahun 1973, Amerika Syarikat sudah mendaratkan 12 angkasawan di Bulan. Dan Soviet pula tidak dapat membina roket dan kapal yang betul-betul ampuh untuk mendarat (Little, 2019).

Kehendak Mengatasi Kepentingan

Soviet gagal mendaratkan misi angkasawan atas beberapa punca yang ketara. Pertama sekali, negara ini terlalu aktif bersaing dengan dunia. Kerajaannya mahu menubuhkan sebuah blok globalisme dalam keadaan diri sendiri masih belum terurus. Komunisme pada dasarnya ingin meletakkan hak pada rakyat. Namun secara realiti, ia memupukkan kronisme kronik sampai rakyat terpinggir. Sumber bekalan juga terjejas dengan banyak kedai serba serbi kosong kerana sistem catuan ketara. Sistem ini pula diurus kroni dalam bentuk monopoli teruk (Fitzpatrick, 1999).

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tidak cukup dengan itu, Soviet juga mengagihkan terlalu banyak dana untuk keperluan tentera. Jadi agensi angkasa dinafikan dana penting untuk mencapai matlamat (Siddiqi, 2019). Misi Bulan bukannya satu pelancaran semata-mata. Amerika Syarikat sendiri melancarkan program Apollo secara bersiri. Untuk menjayakan Apollo 11, NASA menguji Little Joe II, Saturn I dan Saturn IB dan Saturn V. Kemudian mereka melancarkan Apollo 1 (gagal), Apollo 6 (juga gagal), Apollo 7, Apollo 8, Apollo 9 dan Apollo 10.

Apollo 11 sekadar menyambung perjalanan berdasarkan apa yang dijayakan Apollo 7-10, ibaratkan naik satu demi satu anak tangga. Semua benda perlu kos. Dan agensi angkasa di Soviet tiada ruangan langsung untuk membuat suatu misi seakan-akan sama seperti ini. Maka tidak boleh dinafikan bahawa kegagalan Soviet untuk mendarat di Bulan adalah kerana kerajaannya terlalu mengejar kehendak… berbanding kepentingan sendiri.


Banyak kepincangan berlaku semasa zaman Soviet yang diceritakan secara terperinci dalam Putin: Tsar Moden Rusia. Dalam buku ini, anda akan tahu tentang masalah dihadapi Putin semasa kecil akibat tekanan ekonomi kerajaan Soviet. Link pembelian Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320?

RUJUKAN:

Fitzpatrick, S. (1999). Everyday Stalinism: Ordinary Life in Extraordinary Times. Oxford University Press. Halaman 57.

Little, B. (2019, Julai 11). The Soviet Response to the Moon Landing? Denial There Was a Moon Race At all. History.

Siddiqi, A. (2019). Why the Soviets Lost the Moon Race. The Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply