Kisah Nabi Daud AS, Jalut dan Talut merupakan kisah yang masyhur dalam budaya Agama Kristian, Yahudi dan Islam. Ketiga tiga Agama ini. Masing masing membawa naratif masing masing tetapi dalam setiap agama ini masing masing menceritakan tentang sikap Bani Israil ini. Dalam Al-Quran, Allah SWT menceritakan kisah mereka ini dalam Surah Al-Baqarah bermula ayat 246 hingga 251.
Kisah ini menceritakan bagaimana lahirnya seorang pemerintah yang zalim dan sering menindas bangsa Israil. Raja tersebut dikatakan sangat perkasa dan mempunyai tentera yang sangat gagah. Raja tersebut adalah Jalut. Bangkitlah ketidakpuasan hati dalam kalangan Bani Israil ini untuk menentang Raja Jalut yang zalim. Tetapi, siapakah yang akan memimpin mereka?
[Tabut As-Sakinah Sebagai Saksi]
Usul meminta ketua ini dibawa kepada Nabi mereka pada ketika itu. Nabi tersebut kemudiannya menamakan Talut sebagau Raja bagi memimpin mereka semua. Pelantikan Talut ini mendapat tentangan dari Bani Israil kerana, Talut ini orang yang biasa dari kalangan marhein semata mata. Justeru, pemuka Bani Israil ini meminta bukti dan tanda jika benarnya Talut ini dilantik melalui ilham seorang Nabi. Maka, Nabi tersebut menzahirkan sebuah peti Tabut yang berisi khazanah dan peninggalan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS. Percayalah sekian Bani Israil akan pelantikan ini. Namun, episod kedegilan Bani Israil akan muncul di babak yang lainnya.
Ketika Raja Talut memimpin pasukan Bani Israil ini untuk menewaskan Jalut. Mereka melalui sebatang sungai dan Raja Talut berpesan agar meminum air dari sungai itu cuma menghilangkan dahaga. Tetapi, Bani Israil masih dengan kedegilan mereka. Mereka tetap dengan sifat mereka. Dari sekian ramainya pasukan Bani Israil, kini tinggal sebahagian kecil sahaja yang mengikuti barisan perang Raja Talut.
Maka, bertemulah dua pasukan ini dan tercetus pertempuran yang dahsyat antara keduanya.
Nabi Daud AS pada ketika ini masih kecil namun baginda tetap mengikuti peperangan ini. Akhirnya, kelincahan baginda terbukti dengan serangan baginda yang terus menumpaskan Raja Jalut sekaligus menewaskan Raja Jalut dan pasukannya.
Dengan tumpasnya Raja Jalut maka menanglah pasukan Bani Israil ke atas pasukan Jalut dan sekaligus menghapuskan kezaliman yang menindas mereka selama ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.