Anda pernah dengar tak tentang Tabut Sakinah? Apa itu Tabut Sakinah? Tabut merupakan sebuah peninggalan lama bagi Bangsa Bani Israil. Peninggalan ini telah diletakkan di dalam sesebuah peti yang dikatakan bertatahkan emas dan mempunyai sayap dikiri dan kanannya. Di dalam kotak ini mengandungi tongkatnya Nabi Musa AS dan beberapa relik suci bagi kepercayaan Yahudi.
Bagi Orang Yahudi, kotak ini amat berharga buat mereka kerana bagi mereka jikalau relik ini mereka kuasai nescaya mereka amat yakin untuk memenangi sesebuah peperangan bagi memerangi musuh mereka. Mereka juga mengusung peti ini kemana sahaja demi menjaga kemuliaan peti ini daripada jatuh ke tangan musuh. Pembuatan peti ini pula dikatakan telah mengikuti arahan Nabi Musa AS dengan bantuan tukang kayu yang mahir daripada Bani Israil pada ketika itu. Dengan peti ini, setiap kali ia diusung, ia akan diiringi dengan tiupan trompet bagi menandakan kemuliaan dan ketinggian peti tabut ini.
Peti ini kemudiannya dibawa oleh Nabi Yusya Bin Nun untuk menakluk Baitul Maqdis semula bersama Bani Israil untuk ke tanah Filistin. Dalam ketika ini juga, Allah SWT telah mengurniakan mukjizat buat nabi Yusya Bin Nun untuk menahan matahari daripada terbenam sehingga baginda bersama pasukan Bani Israil berjaya menundukkan musuh mereka. Peti ini juga dikatakan pernah dirampas oleh Jalut dan akhirnya dimunculkan semula dengan Izin Allah di hadapan pemuka Bani Israil. Peti ini kemudiannya dibawa oleh Bani Israil untuk memerangi pasukan Jalut dibawah pimpinan Raja Talut.
Peti ini kemudiannya dibawa ke Al-Quds dan diletakkan di bawah jagaan Raja Raja Bani Israil sehinggalah zaman pemerintahan Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS. Usai itu, Kerajaan Bani Israil ini terpecah kepada dua iaitu Kingdom of Israel dan Kingdom of Judah. Dua kerajaan ini saling bermusuhan antara satu sama lain.
Muncul sebuah kuasa baru meranapkan kedua dua kerajaan ini iaitu Nebuchadnezzar II (605 BC – 562 BC). Nebuchadnezzar II telah merampas Tabut ini. Usai daripada serangan ini, lokasi sebenar Tabut ini masih tidak diketahui sehingga kini. Beberapa pendapat menyatakan bahawa ia telah dirampas oleh pasukan Babylon ini.
Sesetengah pendapat yang lain menyatakan bahawa ia ada di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa dan pendapat yang lain ia telah dimusnahkan oleh pasukan Babylon sewaktu penaklukan mereka ke atas kerajaan Israil ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.