Bani Israil merupakan sebuah bangsa yang telah Allah selamatkan berulang kali dari kezaliman manusia , kekejaman manusia bahkan penindasan serta ketidakadilan ke atas mereka. Namun, tetap sahaja mereka mengingkari akan perintah Allah dan perintah Nabi mereka sendiri iaitu Nabi Musa AS. Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah berulang kali menceritakan tentang keperibadian buruk bangsa ini kerana sifat ketidaksyukuran mereka terhadap segala nikmat yang Allah kurniakan buat mereka.
Salah satunya, nikmat yang Allah berikan buat mereka adalah sebuah tanah yang dijanjikan buat mereka setelah mereka merdeka dari penindasan Firaun dan sekutunya. Allah SWT telah memerintahkan agar Nabi Musa AS membawa Bani Israil keluar dari Mesir serta membelah lautan buat menjadi laluan kepada Bani Israil untuk menghidari kejaran Firaun dan bala tenteranya. Hal ini dirakamkan dalam Al-Quran,
Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukulah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam”. (Surah Taaha: 77)
Bukan sekadar itu, Allah SWT juga telah mengurniakan pelbagai nikmat buat mereka setelah menyeberangnya mereka dari Lautan yang ganas. Antaranya, Allah SWT mengurniakan buat mereka sebuah hidangan dari Syurga iaitu Mann dan Salwa’. Hal ini juga direkodkan dalam Al-Quran,
Kami menaungi kamu dengan awan dan Kami menurunkan kepadamu manna dan salwa. Makanlah (makanan) yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu. Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi justru merekalah yang menzalimi diri sendiri. (Baqarah: 57)
Namun, kesemua nikmat yang dikurniakan buat mereka ini telah dikufuri oleh Bani Israil ini. Telah datang sebuah perintah dari Allah SWT yang memerintahkan mereka untuk memerangi kaum Kanaan dan mengambil alih kota itu dari tangan mereka dan menjadikan sebagai tanah mereka. Dengan mentahnya mereka menolak bahkan dengan mengeluarkan kata kata yang tidak selayaknya mereka diberikan nikmat oleh Allah SWT kepada mereka. Kata kata buruk mereka ini direkodkan dalam Al-Quran,
Mereka berkata, “Wahai Musa, sesungguhnya kami sampai kapan pun tidak akan memasukinya selama mereka masih ada di dalamnya. Oleh karena itu, pergilah engkau bersama Tuhanmu, lalu berperanglah kamu berdua. Sesungguhnya kami tetap berada di sini saja.” (Maidah: 24)
Disebabkan lisan mereka ini, Allah menarik semula tanah yang dijanjikan buat mereka ini. Bukan itu sahaja Allah telah membodohkan mereka dan mereka tersesat di Padang Taih selama beberapa lama akibat daripada tindakan biadab mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.