Bisa ular adalah antara toksin paling merbahaya di dunia. Setiap tahun dianggarkan lebih 3 juta orang dipatuk ular dan 80 ribu orang m.ati dipatuk ular.
Tapi korang tau tak kita secara teknikalnya boleh makan kepala ular sekali dengan bisa dia dan kita masih selamat?
Ada sesetengah bahan racun dan bisa daripada haiwan adalah bahan toksin jenis protein. Kebanyakan toksin yang sangat merbahaya adalah jenis protein disebabkan sifatnya yang sangat spesifik dan tepat. Gambar di bawah ni contoh rupa model protein bisa ular.
Misalnya, setitik bisa ular kapak mengandungi enzim (bahan protein) yang menyebabkan darah menjadi bergumpal, seterusnya menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya kematian.
Walau bagaimanapun, toksin jenis protein ini juga mempunyai kelemahan tersendiri yakni ia mempunyai sifat seperti protein. Sebagaimana protein susu bergumpal menjadi pepejal kerana asid, sebagaimana telur menjadi pepejal apabila dimasak,
Sifat yang sama boleh ditemui pada toksin jenis protein seperti ular. Secara teknikalnya, ya, anda boleh makan kepala ular yang penuh bisa tanpa sebarang komplikasi sekiranya ia betul betul masak.
Sebab itu jugalah kala jengking adalah selamat dimakan sebagai makanan eksotik di sesetengah negara kerana bisanya juga adalah toksin jenis protein.
Berbanding ular, racun ikan buntal adalah toksin jenis bukan protein, jadi sebab itu walaupun bahagian beracun ikan buntal seperti ovarinya dimasak betul betul, toksinnya masih kekal beracun. Tengok struktur kimia racun buntal dengan bisa ular dan kala jengking pun tak sama.
Sebenarnya ada ceritakan dengan lebih mendalam tentang karakteristik protein dalam buku BIOLOGIA yang diterbitkan oleh kami untuk bulan Januari ini. Sebagai contoh, pernah terfikir tak kenapa tangan kita sakit bila rendam dalam thinner lama lama. Topik ini pun ada kaitan dengan sifat protein tu dan ada diceritakan dalam buku BIOLOGIA. Beli: http://bit.ly/BiologiaPengajian




No comments yet