Era pandemik Covid-19 memberi kesan besar kepada industri pelancongan global. Dengan pintu sempadan ditutup, ia mengakibatkan bilangan pelancong berkurangan dengan drastik sekaligus menjejaskan pendapatan penduduk yang amat bergantung kepada sektor itu. Tetapi di Lopburi, 90 batu utara Bangkok, Thailand, ia mengakibatkan bilangan monyet di sana bertambah tanpa kawalan dan mencetuskan huru-hara pada bandar tersebut.

Sebelum pandemik, kebiasaannya pelancong akan memberi makan kepada monyet-monyet ini. Malah, wujud satu festival tempatan yang meraikan monyet-monyet ini. Tetapi selepas Covid-19 menjadi pandemik pada awal tahun 2020, pintu sempadan antarabangsa ditutup sekaligus mengakibatkan monyet-monyet ini tidak mendapat makanan seperti selalu. Penduduk tempatan yang bersimpati memberi mereka makanan sebagai tanda ihsan.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Namun begitu, ia membawa kepada masalah baru: peningkatan populasi monyet yang tak terkawal. Sudahlah meronda di jalanan dan melompat atas kenderaan, monyet-monyet ini juga tidak teragak-agak mencuri makanan dan membentuk kumpulan-kumpulan mafia. Ya, anda tidak salah baca, kumpulan mafia. Bila bertembung, kumpulan-kumpulan monyet ini akan bergaduh sekaligus menggugat keselamatan penduduk dan bandar berkenaan.

Bila sudah mendapat makanan, monyet-monyet ini akan mempunyai kecenderungan untuk mengawan dan menghasilkan lebih banyak anak. Dan usah terkejut, sesetengah bangunan lama atau terbiar Lopburi seperti sebuah pawagam diambil alih oleh monyet-monyet ini sebagai pangkalan dan tanah perkuburan monyet yang mati. Jika ada yang cuba masuk, maka bersedialah diserang kalau tidak ratusan, ribuan monyet yang ada di situ.

Bukan tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa Thailand. Sebahagian besar monyet ini telah dimandulkan pada 2020 sebagai cara mengawal populasi monyet. Monyet akan diumpan dengan makanan untuk masuk dalam sangkar sebelum dibawa ke klinik-klinik haiwan. Ia akan diberi ubat pelali, menjalani proses pamandulan dan diberi tatu pengenalan sebagai monyet yang menjalani program tersebut.

Di sebalik usaha yang dijalankan pihak berkuasa, bilangan monyet di Lopburi masih sukar dikawal. Kini, wujud satu usaha oleh jabatan hidupan liar Thailand untuk mewujudkan sebuah kawasan perlindungan khas untuk monyet-monyet ini sebagai pelan jangka panjang. Tetapi ia dijangka mendapat tentangan oleh penduduk tempatan yang tidak mahu monyet-monyet ini tinggal berhampiran dengan kediaman mereka.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

RUJUKAN

Averre, D. (2022, 14 Januari). Thousands of monkeys terrorise Thai town: Rival gangs battle for supremacy as they compete for food – even climbing on humans and cars – after getting hooked on sugary drinks. Daily Mail.

Sumber gambar: AFP


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply