Kalau sebut pasal Australia, apa korang fikirkan? Kanggaru? Koala? Ya! Jawapannya betul! Tapi, adakah korang pernah terfikir kenapa kedua-dua haiwan ni hanya wujud di negara ni?

Banyak kali saintis alam mencari jawapan kenapa haiwan marsupial ini hanya wujud di Australia, tidak di negara-negara lain padahal ada je iklim dan kawasan habitat bersesuaian dengan kanggaru dan koala.

Kemudian, mereka membahagikan kepelbagaian kumpulan haiwan Asia dan haiwan Australia yang amat berbeza, melalui garisan ilusi bernama Wallace Line, yang memisahkan Australia, Pulau New Guinea, dan sebahagian pulau-pulau Indonesia dengan Asia Tenggara.

Sebab kenapa kanggaru dan koala hanya wujud di Australia ialah berlakunya pergerakan plat tektonik selama berjuta-juta tahun. Apa yang plat tektonik ni buat sampai haiwan-haiwan ni tinggal di Australia?

Kita pergi ke 35 juta tahun dulu. Masa tu benua Australia tidak berada di lokasi sekarang. Australia pada masa tu berada jauh di selatan dan bergabung dengan benua Antartika.

 

 

Haiwan marsupial masa tu bermigrasi dari Amerika Selatan, melintasi Antartika, terus pergi ke Australia. Beberapa juta tahun kemudian, berlaku pergerakan di mana Australia berpecah, menjauhi Antartika.

Sampainya Australia ke Asia, perlanggaran benua terjadi sehingga wujudnya barisan pulau-pulau yang kita kenal sebagai Kepulauan Indonesia. Bagi haiwan-haiwan di Asia, kepulauan ini menguntungkan mereka untuk bermigrasi.

Haiwan-haiwan Asia boleh bermigrasi jauh dari tanah besar Asia, menyeberang ke kepulauan Indonesia, Pulau New Guinea, sehingga ke Australia. Tapi, haiwan marsupial di Australia tidak dapat buat apa yang haiwan Asia ni buat.

Haiwan marsupial sejak dulu lagi selesa dengan iklim yang dingin dan habitat yang tandus. Sejak Australia bergerak ke benua Asia, pulau-pulau Indonesia mempunyai iklim yang panas dan penuh dengan hujan hujan tropika.

Jadi, haiwan marsupial tidak berapa berkenan dengan iklim dan habitat yang begitu asing itu. Kemudian, haiwan-haiwan ini mengambil keputusan untuk menetap terus di Australia sampailah sekarang.

Itu sebabnya kenapa kanggaru dan koala tidak bermigrasi keluar Australia. Mereka lebih selesa di habitat sendiri. Jadi, tak perlu buang tenaga untuk bermigrasi ke pulau-pulau Indonesia.

Sayang kanggaru dan koala tak bermigrasi. Kalau terjadi dah berlambak haiwan-haiwan ni ‘menguasai’ habitat Asia!

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply