Bagi korang yang tak kenal apa itu Venice, Venice ialah ibu kota dalam wilayah Veneto yang terletak di utara Itali. Kota ini terkenal sebagai ‘kota terapung’ dan ‘kota terusan’ kerana rapatnya bangunan dengan terusan, sampaikan rakyat sana menganggap kota mereka terapung.

 

Venice adalah antara kota tercantik yang pelancong wajib pergi. Di sana juga banyak burung merpati yang menjadi tarikan penting bagi Venice. Sudah semestinya pelancong nak beri makan dan berswafoto dengan burung merpati, kan?

 

Dulu, tiada masalah untuk rakyat berikan makanan kepada burung merpati di Venice kerana begitulah tradisi mereka. Tapi, bermula 1 Mei 2008, Venice melaksanakan pengharaman memberi makan kepada burung merpati, terutamanya dataran St. Mark yang sentiasa penuh dengan pelancong.

 

l

 

Sudah semestinya rakyat Venice sendiri, terutamanya penjual makanan burung merpati marah! Kenapa perlu hapuskan tradisi ini dan susahkan si penjual mencari rezeki?

 

Sebenarnya, ada sebab kenapa Venice melaksanakan pengharaman itu. Pertama sekali, najis burung merpati.

 

Menurut pegawai kesihatan Venice, Segio Lafisca menyatakan najis burung merpati mampu memberi kesan buruk kepada manusia, sekiranya jumlah burung yang berkeliaran di Venice mencecah 40,000 ekor.

 

Najis burung ini membawa kulat ‘histoplasma kapsulatum’ yang menyebabkan penyakit Histoplasmosis, jangkitan para-paru yang simptom dia sama dengan demam selsema. Manusia juga mampu dijangkiti oleh penyakit berbahaya seperti meningitis (keradangan otak) dan jangkitan kulat kriptokokosis dari najis ini.

 

Selain penyebaran penyakit, najis burung Merpati juga secara tak lansung mengotori bangunan lama , kediaman rumah, dan lantai, sekaligus mencacatkan pandangan. Untuk bersihkan semua bangunan bukan mudah, ia memerlukan kos yang begitu tinggi!

 

Lantai marmar Venice pula sentiasa rosak oleh patukan burung merpati betina kerana ia memerlukan nutrien dari lantai seperti kalsium karbonat untuk membantu pertumbuhan telur. Ndak baiki lantai pun perlukan kos yang tinggi!

 

Ketiga-tiga sebab inilah Venice terpaksa melaksanakan pengharaman memberi makan kepada burung merpati. Jika didapati melanggar, dia akan membayar denda sebanyak 50 euro (RM256.40).

 

Ada jugalah protes dalam kalangan penjual makanan burung kerana pengharaman ini membantutkan mereka untuk mencari rezeki sejak zaman nenek moyang lagi, tapi Venice dapat tenangkan mereka dengan memberikan pekerjaan baru.

 

Walaupun menyedihkan bagi mereka yang telah lama lakukan tradisi ini, tapi kena akur juga dengan peraturan kerajaan demi kelestarian kota dan kesihatan rakyat.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply