Waktu pagi begini mesti sedap hirup air kopi, kan? Tak bermaksud air selain kopi ni tak sedap, tapi kopi dah sebati dalam hidup kita terutamanya pada waktu sarapan. Waktu minum petang pun kopi kena ada juga!

Tapi, korang tahu tak yang kopi ni boleh jadikan sebagai bahan bakar, boleh ganti minyak petrol? Sebenarnya boleh dan dah ada satu negara ni tengah hasilkan minyak kopi macam ni. Negara itu ialah Amerika Syarikat (AS)!

Tiga orang Penyelidik AS yang diketuai oleh Professor Mano Misra telah menemui cara untuk dapatkan minyak petrol alternatif atau biofuel melalui pengekstrakan dari sisa kopi buangan.

Idea penghasilan biofuel dari kopi dimulakan oleh Professor Mano sendiri, bermula dari kejadian yang tidak disengajakan. Pada mulanya, beliau membancuh kopi di rumahnya dan terluoa untuk meminum kopi itu.

 

 

Pada keesokan harinya, Professor Mano menemui sesuatu yang mengejutkan, di mana ada lapisan minyak terapung di atas permukaan air kopi!

Professor Mano ni terfikir kalau minyak dari sisa kopi ini boleh memberikan manfaat penting. Kajian demi kajian, minyak kopi ini boleh jadikan sebagai pengganti minyak petrol dan diesel.

Kos penghasilkan biofuel dari sisa kopi pun tidaklah tinggi sangat, hanya AS$ 0.22 seliter saja (RM1.04). Pernah kumpulan professor ni mengekstrak 55 kilogram (kg) kopi boleh dapatkan 10 hingga 15 peratus biofuel.

Walaupun ada harapan tinggi, tapi penghasilan biofuel kopi secara besar-besaran agak mustahil dilakukan buat masa ni. Nak kumpulan kesemua sisa kopi seluruh dunia pun masih tak cukup untuk penuhi keperluan minyak diesel di AS.

Bukan setakat AS saja yang berusaha hasilkan biofuel, negara-negara lain pun tengah usahakan ya sebagai persediaan jika minyak petrol dan diesel telah habis. Contohnya di negara kita sendiri dan Indonesia yang sedang usahakan untuk jadikan minyak dari biji Pokok Jarak sebagai biofuel.

Kalau AS dapat hasilkan biofuel kopi secara besar-besaran, tak perlulah mereka kerahkan tentera untuk mencari minyak di Timur Tengah, kan?

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply