Sempena perlawanan Hong Kong vs UAE hari ni, pasti ada yang pelik dengan salah wilayah China ni. Ye lah tiba-tiba China dan Hong Kong boleh beraksi dalam satu kejohanan yang sama. Padahal Hong Kong ni wilayah China, kan pelik tu.
Persoalannya macam Hong Kong boleh ada pasukan bola sepak sendiri?
Sebenarnya bola sepak telah dimainkan dekat Hong Kong sejak abad ke-19 lagi. Ye lah Hong Kong merupakan salah satu tanah jajahan British. Buktinya kelab bola sepak pertama deme iaitu Hong Kong FC dikatakan telah ada sejak 1886.
Tapi persatuan dan pasukan bola sepak Hong Kong wujud secara rasmi pada tahun 1914. Menariknya Persatuan Bola Sepak China (CFA) masa tu belum wujud lagi walaupun pasukan bola sepak China dah pernah beraksi di beberapa kejohanan.
Menjelang tahun 1954, Hong Kong bersama 12 negara Asia yang lain telah bersepakat menubuhkan Asian Football Association (AFC). Dua tahun lepas tu Hong Kong terus dipilih sebagai tuan rumah Piala Asia.
Masa ni Hong Kong bukan kaleng-kaleng. Sebab deme dapat beraksi 3 kali semasa penganjuran awal Piala Asia. Malah deme ni dulu pun sama macam kita juga. Setakat Korea tu senang-senang deme makan.
Bukan setakat tu, Hong Kong hampir je nak layak ke Piala Dunia. Tapi malangnya tewas dalam perlawanan wajib menang. Lawan Korea, Jepun dengan China boleh pulak menang.
Selepas Hong Kong diserahkan kembali oleh British kepada China, pasukan bola sepak Hong Kong tetap wujud. Sebab deme mengamalkan 1 country 2 system.
Jadi kepada korang semua, jangan rasa pelik dengan kehadiran Hong Kong dekat Piala Asia. Sebab persatuan dan pasukan bola sepak deme wujud lebih awal berbanding China.
Perpisahan pasukan bola sepak antara Hong Kong dengan China memang ada kaitan dengan isu geopolitik dunia. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan koleksi buku DUNIA TANPA TEMBOK. Tekan je link di bawah

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply