Baru semalam, kita digemparkan dengan amaran tsunami yang bakal melanda Jepun.
Dalam masa yang sama, korang terfikir tak tsunami apa paling tinggi dalam sejarah?
Alaska, 9 Julai 1958. Amerika Syarikat ketika itu sangat sibuk berperang dingin dengan Kesatuan Soviet.
Tiba-tiba, sebuah gempa berskala 7.8 berlaku di bumi Teluk Lituya, menyebabkan tanah runtuh yang sepenuhnya batu sebesar 30 juta meter persegi dengan anggaran berat 90 juta tan.
Senang kata, tanah runtuh ini sangat dahsyat kerana impaknya dikesan 80 kilometer jauh. Tanah berbatu ini tidak sekadar runtuh. Ia ibaratkan dihamburkan setinggi 914 meter ke Gilbert Inlet.
Jadi, apa yang berlaku?
Air yang berkocak menyebabkan sebuah tsunami tinggi. Sebuah ombak gergasi sedang menghala ke Teluk Lituya.
Dengan ketinggian 524 meter, sesiapa sahaja yang berada di pesisiran takkan sempat lari. Dua orang sedang memancing ketika bencana melanda. Mereka tak dapat menyelamatkan diri.
Ombak tsunami setinggi 524 meter ni lagi tinggi daripada Menara Berkembar Petronas yang berketinggian 452 meter sahaja. Bayangkan bagaimana keadaannya jika ombak ni ada di hadapan kita.
Gunung-ganang bergegar, dan bongkah-bongkah ais melayang merata-rata. Tsunami ni telan apa sahaja di hadapannya hingga 11.3 kilometer jauhnya.
Gempa sebegini pernah berlaku di Teluk Lituya sebelum tahun 1958, beberapa kali antara 1786 hingga 1936. Tapi 1958 menjadi titik ombak tsunami tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah ketamadunan manusia.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bencana-bencana alam berlaku untuk mengingatkan kita kepada kekuasaan Tuhan yang esa. Bencana alam juga ada disebut di dalam novel kami, MENCARI MENDAM BERAHI. Dapatkan segera!
https://shope.ee/9UbwQAMsQm




No comments yet