Sebuah pesawat Japanese Airline JAL 516 terbakar ketika mendarat.

 

Ini ingatkan saya pada satu tragedi paling buruk yang turut melanda Japanese Airline.

 

Tokyo-Osaka, 12 Ogos 1985.

 

Tragedi ni berlaku ketika Jepun menghampiri perayaan “Bon”. Tetapi bukan semua mangsa nahas ini berasal dari Jepun.

 

Lebih kurang 21 orang mewakili Amerika Syarikat, China, Hong Kong, India, Itali, Jerman Barat, Korea Selatan dan United Kingdom.

 

Ia bermula sepertimana majoriti nahas pesawat yang lain bermula: rutin seharian.

 

Juruterbang berpengalaman mengendalikan pesawat ni seperti Kapten Masami Takahama (rekod 12,400 jam penerbangan), Pembantu Pertama Yutaka Sasaki (rekod 4,000 jam penerbangan) dan Pembantu Kedua Hiroshi Fukuda (rekod 9,800 jam penerbangan).

 

Namun pengalaman di kokpit tak mampu menyelamatkan pesawat ini.

 

12 minit selepas berlepas, satu letupan kuat, disusuli satu lagi letupan. Kejutan ini tidak diikuti ledakan api.

 

Ia berpunca daripada penyahmampatan yang mengejut di bahagian ekor pesawat.

 

Situasi mendebarkan bermula di Menara Kawalan setelah menerima isyarat kecemasan daripada kokpit.

 

Kapten Takahama minta pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo.

 

Semasa penstabil vertikal (ekor pesawat) terkoyak ketika letupan kedua, pesawat hilang sistem hidraulik.

 

Pesawat ni sebenarnya dah takde harapan, tambah lagi bila juruterbang menurunkan tayar yang lagi mengeruhkan keadaan.

 

Kapten Takahama minta izin pendaratan di Haneda, tapi kebenaran ni tak datangkan manfaat pun. Kokpit dah hilang kawalan pesawat sepenuhnya.

 

Altitud pesawat yang naik turun menandakan JAL123 memasuki pola pergerakan “phugoid”.

 

Dalam masa setengah jam dalam “phugoid”, penumpang-penumpang sempat menulis nota selamat tinggal yang kemudiannya diberikan kepada keluarga masing-masing.

 

Dalam usaha mengembalikan pesawat ke Haneda, JAL123 buat pusingan menuju kearah kawasan pergunungan di Gunma dan pesawat ini menyembah bumi.

 

Bermula dengan sayap, pesawat lumpuh ni hentam lereng bukit yang buatkannya terbalik dan berhenti di bumbungnya pada ketinggian 1,565 meter dari paras laut.

 

Semasa Kapten Takahama bertarung demi keselamatan penumpang-penumpang, Tentera Udara Amerika Syarikat dah mula memantau keadaan dan kekalkan hubungan bersama menara kawalan Jepun.

 

Selepas JAL123 hilang dari radar, C-130 dihantar untuk mencari dan akhirnya menemui 20 minit selepas impak.

 

Tanpa melengahkan masa, pasukan-pasukan penyelamat dikumpulkan tapi tak tau kenapa bantuan Amerika Syarikat dikerahkan hanya untuk bersedia sahaja.

 

Tentera Pertahanan Jepun (JSDF) akan uruskan hal ni tanpa bantuan asing. Apabila lokasi nahas ditemui JSDF pada waktu malam, operasi menyelamat ditunda sehingga esok pagi berdasarkan laporan tiada mangsa yang terselamat.

 

Realiti didedahkan kemudiannya membongkarkan kejutan besar di sebalik arahan meminta Amerika Syarikat berpatah balik.

 

Staf perubatan mendapati sebenarnya lebih ramai mangsa yang terselamat tetapi mati akibat kejutan atau apa-apa kecederaan yang jika dirawat segera takkan meragut nyawa.

 

Jika operasi menyelamat dimulakan 10 jam awal, lebih ramai penumpang dapat diselamatkan.

 

Dan operasi menyelamat sebenarnya dimulakan 12 jam selepas Amerika Syarikat dihalang pendaratan.

 

Sehingga hari ini, Jepun tak dedahkan siapa yang halang pendaratan Amerika Syarikat agar misi SAR dapat dipercepatkan.

 

Seramai 524 orang menaiki pesawat ini. Hanya empat sahaja yang selamat. Seorang pramugari tersangkut di celah kerusi, seorang ibu dengan anak perempuannya, dan seorang kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dan adiknya.

 

Setelah disiasat, punca nahas ni rupanya datang dari penyelenggaraan yang dibuat tak menepati piawaian-piawaian Boeing. Plat-plat diskrukan dengan cara yang salah 7 tahun sebelum nahas terjadi.

 

Walaubagaimanapun, hasil penyiasatan nahas ni memberikan sumbangan besar dalam dunia aviasi.

 

Situasi juruterbang JAL123 dimainkan semula dalam sebuah simulasi yang melibatkan kegagalan mekanikal.

 

Tiada seorang pun yang berjaya meneruskan penerbangan selama 32 minit seperti yang dibuat Kapten Takahama, Pembantu Pertama Sasaki dan Pembantu Kedua Hiroshi.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tragedi di Jepun ni mengingatkan juga kita pada tragedi PENERBANGAN TERAKHIR: MH370 & MH17 yang ditulis oleh mantan Ketua Pengarah DCA iaitu Dato Sri Azharuddin. Dapatkan segera: https://shope.ee/8zfps3AU4t


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply