Semasa kejadian gempa bumi di Jepun baru-baru ni, tular pasal seorang streamer yang dapat amaran awal gempa bumi dan terus berlindung sebelum gempa bermula ketika sedang bersiaran.
Yang menariknya, teknologi apa yang Jepun guna untuk bagi amaran gempa ni?
Kinkyū Jishin Sokuhō (緊急地震速報) ialah amaran yang dikeluarkan lepas gempa bumi dikesan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) kepada orang awam untuk berlindung.
“Amaran” awal gempa bumi kepada orang awam dikeluarkan apabila gempa bumi berukuran 5 atau lebih tinggi dijangka berlaku berdasarkan skala seismik Jepun.
Manakala “ramalan” awal gempa bumi pula akan dikeluarkan kepada Perkhidmatan Meteorologi dan Hidrologi Negara jika gempa bumi 3 atau lebih tinggi pada skala seismik Jepun dijangka berlaku.
Gempa bumi dikesan menggunakan 4,235 seismometer yang dipasang di seluruh Jepun melalui gelombang.
Kemudian JMA akan menganalisis dan menilai dimanakah pusat gempa lalu memberi amaran melalui TV dan radio.
Sekarang memandangkan majoriti rakyat Jepun menggunakan telefon pintar, notifikasi amaran akan muncul pada telefon sebelum berlaku gempa melalui teknologi frekuensi “1seg.”
Telefon bimbit 3G yang dijual selepas 2007 wajib ada “Cell Broadcast” walaupun dari pengeluar asing seperti Nokia, Apple, HTC, LG dan Samsung untuk memberi notifikasi amaran gempa di masa akan datang.
Pada Ogos 2011, Apple pun buat benda ni yang mana iOS 5 pada iPhone menyokong teknologi notifikasi amaran awal gempa ni.
Walaupun ia hanya 2 saat seperti yang dialami streamer tu sebelum gempa, ia sangat membantu rakyat Jepun untuk menyelamatkan diri berbanding terus kena gempa tanpa sebarang amaran.
Sejak Tsunami Tuhoku pada 2011, ketepatan amaran ni semakin hari semakin banyak yang ditambahbaik. Lagi-lagi apabila penambahbaikan teknikal seperti IPF dan PLUM dibuat untuk meramalkan gempa secara automatik.
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang mesti akan terpikat untuk selam lebih dalam seperti era Sengoku, Edo dan Meiji bersama KITAB TAMADUN JEPUN.
Buku ni menjadi pintu gerbang bagi anda menuju ke masa lalu Jepun yang memukau!
Dapatkan segera di:
https://shope.ee/5KmNWcNerZ




No comments yet