Tak lama lagi Piala Asia bakal berlangsung di Qatar. Tapi ramai sebenarnya tak tahu, Israel pernah menjulang Piala Asia pada edisi 1964.
Eh sekejap, Israel kan duduk bawah UEFA. Jadi macam mana deme boleh menang Piala Asia pulak?
Buat pengetahuan semua, Israel pernah jadi ahli dalam AFC pada tahun 1954 hingga 1974 sebelum kena tendang. Kisah Israel menang Piala Asia ni menarik juga sebab cuma 4 negara je bertanding.
Semuanya bermula sejak peringkat kelayakan lagi apabila sebanyak 11 negara telah menarik diri. Sebab Israel akan menjadi tuan rumah untuk Piala Asia 1964. Maka tinggal lah 4 negara yang bakal berentap di pusingan kelayakan central zone.
India dengan Korea pulak layak secara automatik. Sebab semua negara dalam kumpulan deme telah tarik diri. Israel pulak layak sebagai tuan rumah.
Habis sahaja pusingan kelayakan, Hong Kong secara rasmi menyertai Israel, Korea Selatan dan India untuk beraksi di Piala Asia. Kejohanan tersebut telah dilangsungkan secara berkumpulan. Bermakna pasukan yang mengutip mata paling tinggi akan dikira sebagai juara.
Bermula sahaja perlawanan, Israel tiada masalah untuk tundukkan Hong Kong dengan jaringan 1-0. Tapi perlawanan Korea Selatan menentang India penuh kejutan. Sebab Korea Selatan yang hadir sebagai juara bertahan tewas 2-0 kepada India.
Masuk perlawanan kedua, Israel mudah menundukkan India 2-0. Manakala Korea Selatan menang tipis 1-0 sahaja dengan Hong Kong. Perlawanan akhir adalah penentu segalanya. Sebab jika Israel kalah, India ataupun Korea Selatan bakal menjadi juara.
Benda tu tak terjadi sebab Israel telah menewaskan Korea Selatan dengan jaringan 2-1. Secara automatiknya Israel berada di puncak kumpulan lantas menjadi juara Piala Asia.
Itulah kali pertama dan terakhir Israel menjulang Piala Asia sebelum kena tendang pada tahun 1974.
Kalau nak tahu lebih banyak tentang Yahudi dan Israel, baca je KITAB TAMADUN YAHUDI. Cepat dapatkan DISINI

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply