Satya Nadella. Sundar Pichai. Dan terbaru, Parag Agrawal. Apa persamaan mereka bertiga? Mereka merupakan sebahagian daripada 12 orang individu berdarah India yang mengetuai syarikat-syarikat Silicon Valley seperti Google dan Twitter. Dan ia sesuatu yang hebat memandangkan orang India hanya membentuk 6% daripada tenaga kerja syarikat-syarikat teknologi Amerika Syarikat.

Bagi penulis buku The Made in India Manager, R. Gopalakrishnan, persaingan sengit dalam pelbagai perkara dari sijil kelahiran hinggalah kekurangan kapasiti sistem tidak mencukupi membentuk warga India menjadi pengurus secara semulajadi. Persaingan dan kekacauan menjadikan mereka lebih cekap dalam menyelesaikan masalah. Tambah Gopalakrishnan, mereka juga dilihat lebih profesional daripada mendahulukan soal peribadi kerap muncul dalam budaya kerja Amerika Syarikat.

Di AS, terdapat empat juta warga India yang menetap di situ. Ini termasuk sejuta orang yang bekerja sebagai saintis dan jurutera. 70% daripadanya mendapat visa H-1B (permit kerja yang dikeluarkan kerajaan kepada jurutera-jurutera perisian India). Penulis-penulis buku The Other One Percent: Indians in America, kemunculan mereka disumbang oleh perubahan dasar imigresen AS pada tahun 60-an di mana kuota negara asal digantikan dengan keutamaan kepada kemahiran dan penyatuan keluarga.

Kumpulan-kumpulan awal ini tidak menyerupai mana-mana kumpulan imigran dari mana-mana negara. Mereka ini terpilih selepas disaring sebanyak tiga kali mengikut buku berkenaan. Mereka bukan saja terdiri daripada kasta atasan yang mempunyai kemampuan kewangan menyambung pengajian di kolej-kolej berprestij. Malah, ada juga sebahagian yang mampu membiayai pengajian Masters di AS – antara kelayakan akademik yang perlu dimiliki oleh kelompok CEO Silicon Valley.

Selain itu, sistem visa AS turut menyaring individu yang mempunyai kemahiran spesifik seperti sains, teknologi dan matematik (STEM). Kebiasaannya, mereka dikelaskan dalam sistem sebagai memenuhi keperluan buruh kelas tinggi. Bagi usahawan teknologi Vivek Wadhwa, penyertaan mereka dalam syarikat-syarikat ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap kemahiran mereka. Malah, ia turut memberi kelebihan kepada mereka untuk saling bekerjasama.

Tambah Wadhwa lagi, kebanyakan CEO berdarah India ini bermula terlebih dahulu dari bawah sebelum mendaki puncak kejayaan. Justeru, ini mempengaruhi personaliti mereka yang berhemah dan rendah diri – satu perbezaan yang membezakan mereka dengan CEO-pengasas lain yang dianggap sombong dan terlalu terikut-ikut idea dan pengurusan mereka.

Di samping itu, gaya kepimpinan figura seperti Nadella dan Pichai yang lebih berhati-hati dan lembut dilihat sesuai dengan tanggungjawab mereka sebagai CEO. Imej mereka sedikit sebanyak menambahbaik imej syarikat-syarikat Silicon Valley selepas ia merudum akibat sesi-sesi pendengaran Kongres, bergaduh dnegan kerajaan asing dan jurang pendapatan golongan kaya dan miskin semakin melebar.

Selain gaya kepimpinan yang halus tetapi berkesan dan bijak beradaptasi dengan budaya berbeza, mereka turut menekankan etika kerja keras dan fasih berbahasa Inggeris. Penekanan India kepada sains dan matematik turut menghasilkan industri perisian yang berkembang pesat – dengan sesetengah bakat yang lahir direkrut oleh syarikat-syarikat AS.

Tetapi itu semua cerita lama. Selepas serangan 11 September, AS mula memperketat polisi imigresennya. Dengan proses permohonan kad hijau mengambil masa lama dan lebih banyak peluang di tanah air sendiri, ia sedikit sebanyak mengurangkan jurutera India untuk bekerja di luar negara. Ini membawa kepada kemunculan syarikat-syarikat unikorn di India dengan sesetengah daripadanya mencecah AS$1 bilion. Cuma sama ada ia mampu mencipta gelombang sama seperti Google dan Microsoft, itu bersifat tunggu dan lihat.

RUJUKAN

Alluri, A. dan Inamdar, N. (2021, 4 Disember). Parag Agrawal: Why Indian-born CEOs dominate Silicon Valley. BBC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply