Asal cakap tentang manusia prasejarah, entah kenapa ramai akan bayang gambaran seorang manusia yang berupa paras seperti beruk. Sisi sains tidak pernah berkata muka manusia prasejarah macam beruk… apatah lagi bergelagat macam beruk.

Ramai dalam kalangan manusia prasejarah pandai mengenakan pakaian, memasak, mencari makanan secara berakal dan sebagainya. Mereka tidak merangkak macam binatang. Mereka tidak minum air macam lembu. Mereka hidup seperti manusia.

Ada pendapat mengatakan manusia sudah berpakaian sejak 40,000 tahun dulu lagi (Lavoie, 2009). 20,000 tahun lalu, manusia sudah menggunakan periuk untuk masak (Shute, 2013). Jadi jelas dan nyata, manusia prasejarah sememangnya pintar.

Mereka juga mahir berseni pada permukaan dinding. Hasil karya mereka kadang tahan lama sampai hari ini. Lukisan-lukisan purbakala banyak bercerita tentang gaya hidup prasejarah.

Contoh lukisan prasejarah. Ada kajian mendapati mereka sedang berkhayal ketika itu.

Dan tinggalan fosil pula menjadi saksi kebudayaan dan pembudayaan prasejarah. Baru-baru ini, pakar arkeologi di Itali terjumpa rangka seorang bayi perempuan yang ditanam 10,000 tahun lalu.

Bayi ini terlalu kecil, jelas sekali baru lahir. Dan orang zaman dulu tanam si kecil ini dengan permata dan kalung sebagai alat peringatan (Garlinghouse, 2021).

Mengenali Bayi Bernama Neve

Pertama sekali, jangan salah sangka fikir ada bukti prasejarah mengatakan bayi ini bernama Neve. Pakar arkeologi yang memberi nama ini untuk “memanusiakan” penemuan ini.

Jadi Neve diberi jiwa manusiawi, bukan setakat sampel arkeologi semata-mata. Neve ditanam dalam keadaan sangat rapi, suatu bukti yang anak ini sangat penting pada mata kaumnya (mungkin keluarga atau kampung).

Sekitar 10,000 tahun lalu, Eropah baru keluar daripada kancah Zaman Ais. Waktu ini, majlis pengebυmiαη memang sangat berkurangan. Tambah pula Neve ditemui dalam sebuah gua yang pernah menjadi tempat tinggal puak Neanderthal.

Jurang masa antara puak Neanderthal ini dengan Neve adalah 40,000 tahun. Sini kena faham – satu gua, didiami Neanderthal 50,000 tahun lalu, menjadi tempat pengebυmiαη Neve 10,000 tahun lalu, ditemui sarjana arkeologi tahun ini.

Pengkaji yang bernama Jamie Hodgkins (berdiri) di tempat penemuan Neve.

Mereka menjalani ujian DNA yang diperoleh daripada tulang Neve. Analisis-analisis susulan mengenal pasti Neve berasal daripada sebuah susur galur U5b2b haplogroup.

Bahasa terlalu saintifik sangat. Untuk merumuskan, susur galur ini ada kena mengena dengan kumpulan manusia prasejarah yang memungut hasil hutan antara 17,000 hingga 12,000 tahun lalu.

Kajian mengesahkan Neve pergi buat selamanya ketika berusia 40 hingga 50 hari. Mereka juga jumpa sesuatu dalam komposisi DNA.

Sebelum Neve lahir, ada dua benda berlaku yang memberi tekanan fisiologi teruk pada janin. Dua kejadian ini berlaku pada hari ke 47 and 28 sebelum lahir. Mungkin inilah punca kenapa Neve meninggal dunia.

Kesihatannya barangkali terlalu lemah untuk mengharungi dunia yang amat mencabar… tanpa bantuan ubat-ubatan seperti hari ini.

Menarik untuk kita fikirkan – betapa murahnya rezeki ubat-ubatan untuk kita hari ini. Sedangkan orang prasejarah hanya mampu berikhtiar dengan cara mereka.

Walau bagaimanapun, dapatan ini mengesahkan bahawa manusia prasejarah tiada beza pun dengan kita. Semua ada hati. Semua ada perasaan. Dan meskipun belum kenal, Neve masih ada tempat dalam jiwa mereka untuk berasa simpati… sampai tinggalkan hadiah sebelum tutup jasadnya dengan tanah.

Manusia zaman sekarang pun apa kurangnya. Cuma bentuk hadiah ditukarkan kepada doa.

RUJUKAN:

Garlinghouse, T. (2021, Disember 18). Burial of infant ‘Neve’ could be oldest of its kind in Europe. Live Science.

Lavoie, A. (2009, September 10). Oldest-known fibers to be used by humans discovered. The Harvard Gazette.

Shute, N. (2013, April 10). Earliest Cookware Was Used To Make Fish Soup. NPR.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply