Orang Viking diketahui sudah menduduki selatan Greenland sejak abad ke-10 lagi – lebih tepat 980 Masihi. Tetapi pada pertengahan abad ke-15, mereka terpaksa meninggalkan kawasan tersebut secara misteri. Namun begitu, pengkaji arkeologi dari University of Massachusetts Amherst percaya sebab sebenar mereka meninggalkan Greenland ialah kemarau pada ketika itu.

Selepas mereka tiba di selatan Greenland atau Petempatan Timur pada akhir abad ke-10, kawasan tanah di situ dibersihkan dengan rumput ditanam untuk tujuan penternakan haiwan. Petempatan orang Viking pada ketika itu berkembang dengan satu ketika mencecah 2,000 orang. Tetapi bilangan populasi mereka menurun secara mendadak lebih 500 tahun kemudian.

Misteri penghijrahan keluar orang Viking dari Greenland memeningkan komuniti saintifik selama bertahun-tahun. Sebelum ini, ramai sejarawan beranggapan ia berlaku akibat penurunan suhu sekitar Greenland pada abad ke-15. Tempoh cuaca sejuk mendadak ini terutama di utara Lautan Atlantik digelar sebagai Zaman Ais Kecil.

Penurunan suhu didakwa mengakibatkan tanaman pertanian yang diusahakan tidak menjadi dan membunuh haiwan ternakan mereka. Malangnya, tiada bukti yang menyokong teori ini.

Lantas, bagi menjawab misteri ini, penyelidik-penyelidik dari University of Massachusetts Amherst mengambil sampel-sampel teras ais dari satu kawasan yang berkeluasan 1,000 km dan mempunyai ketinggian melebihi 2,000 meter. Satu lagi lokasi yang dipilih ialah Tasik 578 di mana ia berhampiran dengan kumpulan ladang terbesar yang wujud di Greenland semasa era Viking.

Dalam tempoh tiga tahun, mereka mengambil sampel-sampel sedimen dari tasik berkenaan di mana ia mewakili rekod suhu dalam tempoh 2,000 tahun. Setelah itu, semua sampel dianalisis di makmal untuk kajian lebih lanjut.

Dan hasilnya amat mengejutkan. Dalam tempoh orang Viking menduduki selatan Greenland, suhunya tidak banyak berubah. Tetapi keadaan tanah menjadi lebih kering seiring dengan perubahan masa. Hal ini mengundang masalah besar kepada penternak Viking di mana haiwan ternakan merupakan sumber protein yang amat diperlukan penduduk petempatan berkenaan.

Tanpa isu kemarau sekalipun, penternak terpaksa meletakkan haiwan ternakan mereka dalam kandang simpanan yang sesuai semasa musim sejuk. Apabila tiba musim bunga, haiwan ternakan yang lemah terpaksa dibawa ke padang-padang rumput bagi membolehkan ia meragut rumput.

Isu ini mengakibatkan penduduk Petempatan Timur tidak mempunyai sumber protein mencukupi untuk semua orang. Ini memaksa orang Viking ketika itu beralih kepada sumber protein seterusnya – mamalia laut. Bagaimanapun, aktiviti memburu haiwan ini dianggap merbahaya dan tidak menjanjikan hasil yang setimpal untuk semua usaha mereka.

Kali terakhir rekod penduduk wujud di situ ialah rekod perkahwinan Thorstein Olafsson dan Sigrid Björnsdóttir pada 1408. Situasi kemarau ini memaksa orang Viking berhijrah tetapi destinasi mereka tidak diketahui. Sesetengah daripadanya dikatakan berhijrah ke Iceland.

Penghijrahan ini didorong oleh faktor banyak ladang yang ditinggalkan di Iceland pada awal abad ke-15. Pada ketika itu, berlakunya epidemik penyakit berjangkit yang mengakibatkan ramai orang Viking mati. Dengan situasi di selatan Greenland kelihatan kurang baik, maka pilihan seterusnya ialah mendirikan kehidupan baru di Iceland.

RUJUKAN

Chadwick, J. (2022, 23 Mac). The Vikings left Greenland in the early 15th century due to DROUGHT – not falling temperatures as previously thought, study finds. Daily Mail.

Jarus, O. (2022, 31 Mac). Drought helped push the Vikings out of Greenland, new study finds. Live Science.

Sumber gambar: Cavan Images/Cavan/Getty Images


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply