Mengikut legenda era antikuiti, penubuhan Rom tidak akan berlaku sekiranya dua pengasasnya, Romulus dan Remus tidak diselamatkan oleh seekor serigala. Hari ini di Pompeii, anjing robot bernama Spot kini bertanggungjawab mengawal tapak arkeologi era Rom itu.

Spot yang dicipta oleh sebuah firma Amerika Syarikat, Boston Dynamics bukan saja berperanan sebagai peronda keselamatan. Malah, ia direka bagi mengenalpasti sebarang isu keselamatan dan struktur membabitkan Pompeii termasuk mengenalpasti terowong yang digunakan oleh perompak artifak.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif teknologi yang diperkenalkan oleh pengurusan taman arkeologi Pompeii sejak 2013. Disebabkan isu perubahan iklim dan berlaku kecurian artifak sama ada oleh pelancong mahupun perompak profesional, ia mula memberi kesan buruk kepada Tapak Warisan Dunia UNESCO itu. Akibatnya, UNESCO memberi amaran mereka bersedia menyenaraikan Pompeii sebagai Tapak Warisan Dunia yang diancam bahaya.

Spot yang dihasilkan pada 2015 pada asalnya direka untuk misi mencari dan menyelamat untuk situasi yang dianggap merbahaya atau sukar dicapai oleh pasukan penyelamat. Spot mempunyai pergerakan yang stabil dan boleh bergerak di permukaan yang tidak rata atau licin – kombinasi tugas yang sesuai untuk Spot di tempat kerja barunya itu.

Spot bukan satu-satunya alat berteknologi tinggi yang membuat kemunculan pertama di taman arkeologi Pompeii. Dron pengimbas laser Leica BLK2FLY turut digunakan oleh pengurusan taman untuk membuat imbasan 3D secara berautonomi.

Sekiranya keadaan memerlukan, BLK2FLY dan Spot boleh disambungkan sebagai satu pasukan untuk memantau tapak arkeologi Pompeii. Dengan gabungan teknologi kamera 360 darjah dan pengimbas laser yang dimiliki kedua-duanya, ia bakal memberi masalah kepada tombaroli – gelaran kepada perompak kubur dalam Bahasa Itali.

Tombaroli berdepan masalah besar menjual hasil curian mereka di pasaran gelap sejak 2012 berikutan kesungguhan divisyen seni polis Itali menjejak dan mengembalikan artifak arkeologi ke tempat asal. Di sebalik usaha keras pihak berkuasa, mereka masih menemui terowong baru sekitar Pompeii. Pengurusan taman berharap menerusi Spot, masalah ini dapat dihentikan sepenuhnya.

RUJUKAN

Giuffrida, A. (2022, 28 Mac). Robot dog called in to help manage Pompeii. The Guardian.

Spalding, K. (2022, 1 April). Spot The Robot Dog Has A New Job: Protecting Pompeii. IFLScience.

Sumber gambar: Taman Arkeologi Pompeii


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply