Tanggal 12 Rabiulawal merupakan detik Rasulullah SAW memasuki Madinah al-Munawwarah. Ratusan orang Islam di kota tersebut sudah berhari-hari menunggu kemunculan baginda.

“Hari Paling Bahagia di Madinah.”

Tanggal 12 Rabiulawal merupakan detik Rasulullah SAW memasuki Madinah al-Munawwarah. Ratusan orang Islam di kota tersebut sudah berhari-hari menunggu kemunculan baginda.

Penduduk Madinah berhimpun di gerbang kota bila mendengar khabar kedatangannya dari Quba’. Dengan perasaan teruja, sebahagian orang memanjat tempat yang tinggi untuk menanti-nantikan kelibat baginda.

Dari kejauhan, kelihatan jubah putih baginda bersinar-sinar.

“Nabi Allah datang! Nabi Allah datang!” laung penduduk Madinah.

Madinah pun menggemakan nasyid,

“Purnama telah terbit di atas kami, dari Tsaniyatilwada’; Dan kami wajib bersyukur, selama yang berdoa mendoakan kepada Allah; Duhai tuan yang diutuskan kepada kami, Hadirmu dengan seruan untuk dipatuhi; Dikau telah memuliakan kota ini, Selamat datang oh sebaik-baik penuntun kepada Ilahi.”

“Kami gadis-gadis Bani Najjar, Harap-harap ya Muhammad jadilah jiran kami,” seloka anak-anak kecil sambil menabuh gendang dengan gembira.

Rasulullah SAW disambut dengan kemeriahan yang tidak terhingga. Orang laki-laki, perempuan dan kanak-kanak ikut berarak mengikuti langkah unta baginda. Al-Qaswa’ berjalan selangkah demi selangkah dengan tenang sambil dikerumuni ratusan penduduk Madinah. Ramai yang terpesona dan jatuh cinta pandang pertama bila memandang wajah baginda yang bercahaya.

“Turunlah di sini, duhai Rasulullah, kerana kami mempunyai kekuatan dan menyediakan perlindungan jua kemakmuran untukmu,” ucap kabilah Arab yang mengiringi baginda.

“Biarkan ia melangkah terus, kerana ia sedang menuruti perintah Allah,” balas baginda sopan.

Al-Qaswa’ terus membawa baginda ke kawasan timur Madinah, yang menjadi penempatan Bani Adi, cabang kerabat baginda dari marga Bani Najjar. Unta tersebut terus melangkah dan melewati sebuah rumah yang penuh dengan kenangan Rasulullah SAW di masa kecil. Rumah yang baru dilewati baginda itu adalah milik bondanya, Aminah binti Wahab.

Langkah unta yang ditunggang baginda akhirnya berhenti di sebuah kawasan tanah yang digunakan untuk mengeringkan tamar. Tanah berkenaan kepunyaan Suhail dan Sahl, dua orang yatim dari Bani Najjar yang dijaga oleh As’ad bin Zurarah.

“Di sinilah tempat tinggalku,” sabda Rasulullah ﷺ.

Baginda memanggil pemilik tanah itu. Suhail dan Sahl pun mendekat, dan menawarkan untuk menyerahkan tanah tadi secara percuma kepada baginda, “Kami memberikannya kepadamu, oh Rasulullah”. Namun, baginda lebih rela untuk membelinya dengan wang, dan As’ad pun membantu baginda menguruskan hal berkenaan sehingga selesai.

Sementara itu, Abu Ayub al-Ansari membantu baginda menurunkan barangan daripada unta al-Qaswa’, dan memikul barangan Rasulullah SAW ke dalam rumahnya. Apabila kabilah Bani Malik tampil memujuk baginda menjadi tetamu mereka, baginda menjawab, “Seseorang itu harus bersama karung barangnya.”

Kisah yang disebutkan ini mengambil rujukan daripada Dala’il al-Nubuwwah karangan Imam Bayhaqi. Penulis juga merujuk Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources karangan Martin Lings.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Mari kita mencintai Rasulullah SAW dengan lebih mengenali kehidupan baginda dalam MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shp.ee/tmlth5r


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply