Di waktu diaspora Yahudi bertaburan ke benua eropah, seorang rabbi bangkit membangunkan komuniti Hasidic yang paling Orthodox. Apa Yahudi bernama Baal Shem Tov buat sampai menggegarkan dunia?

Rabbi Israel ben Eliezer atau Baal Shem Tov lahir di Ukraine. Dia telah meraih ramai pengikut pada tahun 1740 M. Apa yang menarik, rabbi ini menyebarkan ajaran Kabbalah dengan mudah dan praktikal. Dia menekankan d’vekut, iaitu hubungan kerohanian yang kuat dengan Tuhan. Tak hairanlah ramai Yahudi yang menjadi muridnya.

Kenapa Hasidic berkembang di eropah?

Selepas Haikal Sulaiman dimusnahkan kali kedua oleh Empayar Rom pada 70 SM, bangsa Yahudi yang melarikan diri ke eropah seakan-akan kehilangan jati diri. Justeru, mereka berusaha mengikat diri dengan ajaran Talmud. Komuniti Yahudi Hasidic adalah contoh kelompok yang mengekalkan gaya hidup tradisi mereka walaupun di luar bumi Jerusalem.

Pemuda mereka berkahwin muda dan mempunyai keluarga yang besar. Kalau nampak laki-laki Eropah pakai topi bulu tebal yang berbentuk bulat, itulah Yahudi Hasidic. Mereka juga memakai kot labuh berwarna hitam yang dipanggil bekishe atau kapota.

Perempuannya pula menutup kepala dengan rambut palsu. Pakaian mereka juga lebih orthodox dan tidak mengikuti perkembangan fesyen terkini. Mereka turut bertutur dengan Bahasa Yiddish.

Komuniti Hasidic juga menjaga hubungan yang sangat akrab dengan rabbi mereka, bagaikan anak dengan bapa. Ajarannya lebih mistik dengan pendedahan Kabbalah tahap tinggi. Mereka menolak cara sembahyang Yahudi Ashkenazi yang dianggap tidak tulen.

Setiap komuniti Hasidic mesti ada seorang Rabbi yang dianggap bagaikan bapa mereka. Rabbi itu akan menajdi rujukan mereka dalam masalah peribadi dan kewangan. Posisi rabbi ini lazimnya diwarisi dalam keluarga. Contohnya, Rabbi Menachem adalah anak menantu kepada Rabbi Schneerson

Semasa Perang Dunia Kedua, Yahudi Hasidic ramai yang ditangkap oleh Jerman dan Soviet Union. Mereka susah nak lari, sebab mereka memang mudah nak dikesan daripada pakaian sahaja.

Benua Amerika menjadi tempat pelarian paling selamat untuk mereka bagi mengelakkan pembantaian beramai-ramai di gulag. Kini, tidak sampai seabad, mereka cepat berkembang kerana berkahwin muda dan berkeluarga besar, justeru populasi Yahudi Hasidic mencecah 400,000 nyawa di seluruh dunia.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korang yang berminat dengan sejarah Yahudi, boleh baca KITAB TAMADUN YAHUDI yang pasti membuka mata korang. Apa lagi tunggu, klik: https://shp.ee/1ssdnow


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply